Friday, February 1, 2013

Sumber Kekuatan

Peace Be Upon You...

Masa dan air pasang surut tak tunggu siapa2. (Direct Translation :)

Kadang-kadang dalam masa suka-suka riang-riang, akan datang masa yang agak menyesakkan. Kadang-kadang kelas penuh jadual sampai makan pon tak meyempat dan tidur pon ayam-ayam sahaja. Dan kadang-kadang datang masa jadual kosong memang tak tahu nak buat apa dekat rumah tapi datang pula kerja-kerja menulis yang berlambak-lambak yang nak kena hantar setiap minggu dan perlu menghadap supervisor yang sama setiap minggu sehinggalah rasa nak muntah kaler-kaler yang menjijikkkan.

Sekarang ni, jadual kelas sehari-hari saya kat sini adalah sangat lapang cuma ade 3 jamkelas dalam seminggu. Bunyi macam heaven giler sbb boleh lah bersuka riang ria sembang sana sini,spend masa tengok muvie ke drama ke dengar lagu ke hape ke. Hakikatnya masa jadual kosong nilah yang menjadikan saya rasa sangat tertekan dengan rutin harian sekarang. Jadual kosong tak bermakna kerja tak ade. Sebabkan ini ialah tahun terakhir saya mengaji di sini,makanya untuk menamatkan pengajian yang makan masa berzaman ni, makanya kenalah hantar sesuatu yang melayakkan saya bergraduasi nanti. Dalam tempoh meyiapkan dissertation yang nampaknya tak berapa nak berkesudahan nilah datang ujian perasaan yang agak berat. Tiap-tiap minggu kene hantar completed chapter dan dua-tiga hari lepas tu kene pergi mengadap supervisor dengar komen dan saranannya. Most of the time supervisor sangat2 lah membantu dengan idea yang bernas lagi jitu untuk mempastikan kerja penulisan saya tak nampak dan kedengaran bodoh dan tidak berbatu asas. Tapi kadang2 bila mood swing datang, apa yang diperkatakan beliau akan mendatangkan lubang besar dihati dimana bila balik2 jumpa beliau mesti tak bersemangat dan rasa malas yang amat sangat nk teruskan menulis. Sekarang ni saya dalam proses nk siapkan chapter 3 dimana banyak informasi dan pembacaan perlu dialakukan untuk mampu menulis dan mengomen atas kertas nanti.Disebabkan saya ini sangatlah pemals tahap teratas bilamasuk bab2 membaca, makanya proses menulis ni jadi sangat2 sukar dan tersangkut disetiap level.

Dan malang sekali, sepatutnya, hari ni saya kena hantar completed version of chapter 3 tp saya duduk sibuk melayan perasaan stress sbb taksiap tulis lagi. Last2 sekali hantar email dekat supervisor supaya postpone meeting sbb tak siap menulis. Aghh rasa sangat tak bertanggungjawab dan rasa bersalah amat dekat lecturer yang sorang ni. 

Hari hari pon saya rasa hilang kekuatan nk menulis lagi dan lagi. Disebabkan proses menulis ni takkan habis selagi saya tak hantar satu dissertation yang dah siap, makanya ia akan berterusan sampailah penghujung bulan 3 nanti. Rasa bosan yang teramat bila perlu mengadap benda yang sama hari-hari, minggu-minggu sampai berbulan lamanya.MasyaAllah rasa seksa yang amat kadang-kadang tu. Rasa malas nak pikir dah dan nak main guli je kat bilik. Dan ditambah pulak saya tinggal sorang2 tanpa ada housemate Malaysia yang lain atau jiran2 Melayu yang boleh saya panggil sesuka hati bila hati gundah gulana lagilah menambah stress sehari-hari. Tak boleh nak menyembang dengan orang menambahkan rasa isolated yang amat. Nak telefon mak hari-hari nanti mak dekat rumah risau pulak, nak call adik dekat india, dia pon tengah sibuk pereksa hari-hari. Kakak2 pulak kerja dan sibuk dengan hal dan tugasan masing yang lebih penting perlu dilangsaikan. Makanya saya selalu rasa hilang arah mana nak berpaling. Makin lama saya biarkan makin rasa hanyut dalam arah yang tak betul. Hari-hari dok depan laptop tapi langsung tak bukak Microsoft Word. Yang selalu bukak ialah youtube, facebook,twitter dan macam2 benda tak berilmiah yang lain. Rasa looser gila rutin harian tapi memang escapism memegang saya sekarang ni. Bila bukak word tulis 20 patah  perkataan, rasa bosan lepas tu terus bukak benda tak berfaedah. Bilalah kerja nak siap.

Dan hari ni saya bangun lewat sbb semalam tak boleh nak lena sbb risau supervisor marah tak hantar chapter 3. Bangun sahaja tidur saya terpikir yang memang apa yang saya buat ni tak betul. Kalau saya nk memohon sesuatu, memang dah tak ade tempat lain nk mintak kecuali dari Allah. Memang itu sahajalah tempat yang paling bagus paling mujarab untuk mintak petolongan. Saya selalu lupa untuk niatkan perbuatan harian saya kepada Allah. Saya lupa untuk niatkan yang penulisan saya ni kpd Allah. Saya buat dengan hati yang tak ikhlas dan maran-marah. Sebab itulah rasa tak tenang datang menjengah selalu dan rasa benci dan malas adalah sahabah yang berkepit dengan saya hari-hari. Teringat pula pesan kawan saya yang katanya, 'Buat dissy ni niat kerana Allah. Sbbnya kita memang akan rasa susah dan penat nk kene baca,fikir dan tulis serat perah idea untuk jadikan penulisan kite menarik. Kalau niat itu kerana Allah S.W.T maka susah kita itu dapat penghargaan nanti. Kita bukan sahaja buat dissy semata2 untuk tamat mengaji tapi dalam pada masa yang sama dapat pahala. InsyaAllah'


No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Plymouth, Devon, United Kingdom
Servant of Allah who try to better herself everyday.