Peace Be Upon You...
Ayat seperti tajuk diatas sering kali saya dengar masa kegemilangan tengok cerita omputeh masa kecik-kecik dulu. Selalu saja ada watak yang menyebut 'you are the chosen one'. Konon orang yang ditujukan ayat tersebut telah terpilih melakukan misi diluar jangkaan yang besar dan juga akan menentukan nasib bumi..ahakss. Juga dalam cerita2 yang melibatkan pahlawan zaman dahulu yang digelar knight dengan baju besi juga menunggang kuda. Ingin dinyatakan disini ialah watak2 yang dilabel menjadi 'the chosen one' ini bukan calang2 orang. Kebanyakannya hero cerita iaitu watak yang tersangat kuat, macho, tidak mati dibedil juga telah menjalani banyak kesusahan hidup wooohh. Oh tak lupa juga tajuk lagu Maher Zain yang sedap itu 'the chosen one' juga ye hehe
Okay, cukup penjelasan 'the chosen one' yang saya selalu tengok dalam program telebisen. Sekarang berbalik kepada tujuan asal saya menulis hari ni.Ada satu kisah yang ingin saya kongsikan disini berkenaan 'the chosen one':--
Sejak berhijrah ke bumi Plymouth lebih kurang 3 tahun yang lalu, banyak juga yang telah saya lalui. Perubahan dari segi mental dan emosi juga banyak telah saya lalui. Peralihan dari segi pemahaman kehidupan juga keagamaan tidak terkecuali. Boleh dihitung dari positifnya, banyak yang saya pelajari dalam keadaan sedar mahupun tidak. Dan pada tahun 2011, salah seorang housemate saya telah pergi mengerjakan umrah dengan jayanya seorang diri dari sini mengikut jemaah dari seluruh UK. Kesemua yang menyertai umrah pada musim bunga ialah pelajar yang menuntut di sekitar UK. Seusai pulangnya beliau dari umrah, beliau telah berkongsi pengalamannya semasa mengerjakan umrah dalam usrah mingguan dirumah kami. Tanpa sedar, saya sangat tertarik dengan pelbagai kisah menarik dan pengalaman beliau beribadat disana dan peluang berkunjung ke rumah Allah. Dan sejak itu saya menyimpan hasrat untuk menjejakkan kaki ke rumah Allah sekali sebelum saya pulang ke Malaysia. Hasrat untuk bergerak dari sini adalah kerana urusan disini adalah sedikit mudah dibandingkan di Malaysia kerana semuanya diuruskan oleh akhi yang menyediakan perkhidmatan membawa pelajar2 UK di Warwick. Jadinya saya mula menyimpan wang sedikit demi sedikit dari saat itu untuk mewujudkan peluang tersebut. Dan pada cuti summer 2011 saya pulang ke tanah air dan memberitahu hasrat untuk menunaikan umrah pada mak juga ayah dan respon yang diterima memberangsangkan. Emak siap menjahit 3pasang jubah dan 2 jubah siap beli untuk dibawa ke sini dan membelikan 2 pasang telekung baru untuk saya. Pada masa itu saya rasa seperti saat itu sudah dekat untuk impian saya ke tanah suci. Rasa tidak sabar pon ada juga.
Setahun Kemudian iaitu pada tahun 2012 walaupon duit sudah mencukupi tapi saya tak punyai kawan untuk dibuat teman kesana. Saya juga kurang berkeyakinan untuk merantau seorang diri. Walaupun saya akan bertemu ramai lagi kawan lain dari universiti lain tapi perasaan kurang yakin sedikit menjerat saya. Saya ingatkan tiada rakan dari universiti Plymouth yang mengikut program umrah tahun itu.Sehinggalah seminggu sebelum jemaah umrah bertolak baru saya tahu yang 3 orang rakan dari universiti ini mengikut program umrah tarbawi spring 2012. Rasa sedikit kesal sebab tidak membuat selidikan yang mendalam.. Akhirnya saya terlepas umrah tarbawi tahun 2013. Namun saya sempat kirimkan doa kpd kawan yang pergi kesana untuk disampaikan bila tiba disana nanti. Cuti musim panas 2012, saya pulang sekali lagi ke tanah air. Saya khabarkan pada emak yang saya memang nekad mahu pergi umrah tahun depan iaitu tahun ini 2013. Emak belikan satu lagi jubah buat persediaan dipakai disana nanti. Emak tanya mahu telekung lagi ke, saya jawab tak perlu kerana telekung yang bawa dahulu pun masih baru.
Saya tiba di UK pada 24 September 2012 seusai berakhirnya cuti musim panas dan selamat tiba di Plymouth pd 25 september keesokan harinya. Menumpang 2 hari dirumah rakan berdekatan city center, kami berbincang mengenai umrah tarbawi spring ini. Dan ketika itu juga saya mendaftar untuk mengikuti program tersebut sesi ini. Saya disamping belasan rakan lain mendaftar seawalmungkin untuk chop tempat kerana tempat adalah terhad dan ianya seperti hot cake yang terjual dengan sangat pantas sekali. Bila selesai mendaftar, saya mula memasang angan-angan. Terbayangkan diri sudah berada disana, berjalan bersama rakan selepas solat di masjid Nabawi, terlihat pohon kurma dan unta yang dipakaikan baju indah berwarna warni. Melihat jutaan lautan manusia sedang bertawaf bersama. Entahlah mungkin itu imej yang saya sering lihat di kaca telebisen mungkin. Teringat kisah-kisah yang dikongsikan oleh rakan-rakan yang pernah menjejakkan kaki ke tanah suci dan terasa sangat teruja sebenarnya. Setiap kali menelefon emak atau skype dengannya saya tak lupa untuk bercerita tentang perkara tersebut. Saya siap berangan bila dapat pergi nanti mahu belikan emak jubah juga tasbih, untuk ayah, kopiah, tasbih, minyak atar juga kayu suci. Semuanya terasa indah. Sehingga saya lupa untuk expect the unexpected. Tiada berita yang didengar dari akhi Jo tentang progres umrah kami selama hampir 4 bulan dan saya garapkan yang semuanya berjalan lancar.
Sehinggalah sekitar awal Januari 2013, saya terbaca satu post di facebook yang dibuat oleh seorang brother dari Malaysia yang saya subscribe yang menyatakan yang permohonan haji dan umrah tahun ini telah diketatkan. Ia juga berbunyi yang semua wanita yang berusia 45 tahun ke bawah tidak dibenarkan memasuki Mekah tanpa mahram yang juga bermaksud, kaedah mahram tumpang sudah tidak dibenarkan lagi. Saya ingat perkara tersebut hanya tertakluk di Malaysia sahaja tapi sedikit kegusaran sudah terlekat dihati saya namun saya lupakan sahaja. Yakin sangat kan? Dan pada suatu hari bertarikh 18 januari 2013. Hari itu salji turun lebat di universiti. Salji turun pertama kalinya dalam masa 2 tahun. Tahun 2012, saya tidak turun di plymouth. Kami pelajar Malaysia ini memang tengah sibuk bermain salji kerana sudah 2 tahun tidak jumpa. Tanpa saya sedar, sebuah emel dihantar ke inbox group umrah tarbawi 2013 berkenaan progress permohonan umrah kami. Emel tersebut berbunyi serupa seperti post di facebook yang saya baca lebih kurang 2 minggu lepas. Saya tidak terkejut tetapi lebih kepada tiada perasaan saat itu. Rakan-rakan perempuan lain yang juga mendaftar untuk ke tanah suci sudah sibuk berbicara tentang perkara berkenaan dan waktu itu kami masih bermain salji sebenarnya. Saya keliru seketika. Tidak tahu patut rasa ape. Seorang rakan menangis kerana terlampau sedih dengan pernyataan itu. Saya seperti boleh menerima tapi rasa sedikit keliru tentang keadaan tersebut. Dalam emel tersebut, dinyatakn yang wanita yang dibolehkan mengerjakan umrah mahupun haji hanya mereka yang membawa bersama mahram dan juga berusia 45 tahun ke atas. Dan berlaku kes pada tahun 2011, sekumpulan jemaah wanita dari Nigeria telah dihalau pulang kembali ke negara mereka setelah they were denied access to enter the country at the airport. Dan dengan itu saya terfikir, hanya ada dua cara untuk saya ke sana sekarang, iaitu samada membawa keluarga bersama which means agak susah untuk men-selarikan jadual kami kerana masing2 bekerja, baik ayah mahupun abang. Dan adakah mereka willing untuk menemankan saya ke sana juga? Dan jalan kedua ialah dengan berkahwin? Ermm solusi kedua ini terasa seperti susah lah pulak sebabnya calon juga tiada kelihatan lagi.
Saya ingat saya okay-okay sahaja dengan kenyataan yang saya sudah tidak dapat ke tanah suci lagi sebelum pulang ke Malaysia pertengahan tahun ini. Tapi entah kenapa, sejak seminggu dua ini, saya diserang perasaan sedih yang agak kuat bila teringat yang saya tiada rezeki kesana. Saya cuba untuk fikirkan jalan selesainya namun masih kabur sekarang ini. Duit yang sudah saya kumpulkan itu masih kekal dalambank. Sayang mahu guna sebab masih menaruh harapan untuk kesana lagi sebenarnya. Dan minggu lepas, saya sempat berborak dengan adik saya yang pulang ke tanah air dai india tentang perkembangan semasa rumah dikampung. Adik bercerita tentang sepupu (lelaki) yang akan bergerak ke tanah suci dalam minggu ini ditaja oleh rakannya yang bekerja dengan AirAsia untuk mencuba pesawat yang baru dibeli oleh AirAsia. Cemburu. Dan saya makin cemburu bila adik cerita lagi yang sepupu yang sama akan sekali lagi ke tanah suci bulan 5 nanti kerana ditaja bos beliau setelah mendapat keuntungan (yg besar mungkin) dalam bisnes balak beliau. Memang double cemburu. Tersangat-sangat!! Dan bila mendengar cerita anak kepada sepupu yang sedang belajar di Madinah membawa ibu, baba dan opahnya mengerjakan umrah terakhir sebelum berlepas pulang ke tanah air setelah bergraduasi juga membuatkan mata sedikit berair pedih. Oh..
Dan bila saya fikirkan balik dan ingat kembali kisah-kisah yang saya dengar dan baca terdahulu. Saya teringat kembali akan 'the chosen one'. Tak semua orang berpeluang menjadi the chosen one. Hanya yang bertuah sahaja akan terpilih. Memang hakikatnya pedih bagi saya untuk menerimanya tapi sedikit demi sedikit ia mengajar saya tentang kehidupan ini. Mungkin ja;an untuk saya kesana agak sukar dan saya tidak tahu yang saya bakalan berpeluangkah untuk ke sana barang sekali seumur hidup? Bila teringat akan rakan2 yang berpeluang ke sana dalam usia yang muda, rasa cemburu tidak dapat dielak tapi saya bukanlah mereka. Rezeki manusia adalah berbeza-beza. Ada yang murah rezekinya dan ada yang agak sukar. Yang perlu dilakukan ialah sabar dan sabar lagi. InsyaAllah. Saya tidak akan putus asa. Mungkin jalan saya ke sana agak sukar tapi niat saya untuk ke sana tidak akan pernah padam
://side memo:// bila bersembang dengan adik berkenaan kegagalan saya ke sana, jawapannya senang saja iaitu; 'kau kahwin jelah'..ciss, apa dia ingat nk kawin tu senang macam beli gula-gula dekat kedai pak cik li depan rumah kitorang tu ke T___T
No comments:
Post a Comment