Sunday, February 24, 2013

2 Days Away

Peace Be Upon You...

In the midst of all those busy-ness and commitments, I manage to run away for two days. Away from all the desk job staring at the laptop screen and pressing my brain for ideas and sentences. It was awesome really.
I went to Manchester on Tuesday and Wednesday after a very long time idling in my nest for almost 3 months. The last time I traveled was in early November to Paris. For winter break, I just sit in my room doing  nothing and boom three weeks pass in a blink of an eye. I feel wasted. Glad that my visit to Manchester was a great one despite the cold weather on first and super cold weather on the second phewww. 

Basically, it is a super fast visit to Manchester. One and a half day is not enough to cover the whole Manchester. Plus the journey from Plymouth to Manchester by bus indirect route took me a round 8 hours. And mind you the bus didn't make any stop at all ( even for gas or for toilet .. dies)

I boarded Megabus ( a cheap bus company in the UK) at 6.45 in the morning and arrived at Manchester Central Bus Station at around 3 in the afternoon. Arrived in Manchester that afternoon, I straight away went to wander at the city center to find whats in store for me. Basically the city is quite a big place to wander around in just a day. They have bus, train and tram that can get you to places and for me the tram is cool...well just to say that Plymouth does not operate trams hoho. Then at 5 pm I went around to find our hotel booked few days before and managed to relax for a little while before heading back to the city center to take few pictures.

Then the next day, in the morning I went to the famous Old Trafford Stadium. Not to watch a match coz there's no match on that day (sigh) and went for stadium tour instead. Well, for me...it was okay laa. But if compared to Real Madrid stadium in Santiago Barnebeu in Spain, this stadium is a tad smaller. Inside the stadium, it is covered in all reds..you know why :). After the stadium, I went back to the city center and wander some more, ate some kebab and head back to Plymouth at 4 pm and arrived home 15 minutes to 12 at night. Pheww..it was a brief visit but worth the money spend. A good thing to escape from dissertation for a while ^_^






Tuesday, February 12, 2013

(Not) The Chosen One

Peace Be Upon You...




Ayat seperti tajuk diatas sering kali saya dengar masa kegemilangan tengok cerita omputeh masa kecik-kecik dulu. Selalu saja ada watak yang menyebut 'you are the chosen one'. Konon orang yang ditujukan ayat tersebut telah terpilih melakukan misi diluar jangkaan yang besar dan juga akan menentukan nasib bumi..ahakss. Juga dalam cerita2 yang melibatkan pahlawan zaman dahulu yang digelar knight dengan baju besi juga menunggang kuda. Ingin dinyatakan disini ialah watak2 yang dilabel menjadi 'the chosen one' ini bukan calang2 orang. Kebanyakannya hero cerita iaitu watak yang tersangat kuat, macho, tidak mati dibedil juga telah menjalani banyak kesusahan hidup wooohh. Oh tak lupa juga tajuk lagu Maher Zain yang sedap itu 'the chosen one' juga ye hehe

Okay, cukup penjelasan 'the chosen one' yang saya selalu tengok dalam program telebisen. Sekarang berbalik kepada tujuan asal saya menulis hari ni.Ada satu kisah yang ingin saya kongsikan disini berkenaan 'the chosen one':--
            Sejak berhijrah ke bumi Plymouth lebih kurang 3 tahun yang lalu, banyak juga yang telah saya lalui. Perubahan dari segi mental dan emosi juga banyak telah saya lalui. Peralihan dari segi pemahaman kehidupan juga keagamaan tidak terkecuali. Boleh dihitung dari positifnya, banyak yang saya pelajari dalam keadaan sedar mahupun tidak. Dan pada tahun 2011, salah seorang housemate saya telah pergi mengerjakan umrah dengan jayanya seorang diri dari sini mengikut jemaah dari seluruh UK. Kesemua yang menyertai umrah pada musim bunga ialah pelajar yang menuntut di sekitar UK. Seusai pulangnya beliau dari umrah, beliau telah berkongsi pengalamannya semasa mengerjakan umrah dalam usrah mingguan dirumah kami. Tanpa sedar, saya sangat tertarik dengan pelbagai kisah menarik dan pengalaman beliau beribadat disana dan peluang berkunjung ke rumah Allah. Dan sejak itu saya menyimpan hasrat untuk menjejakkan kaki ke rumah Allah sekali sebelum saya pulang ke Malaysia. Hasrat untuk bergerak dari sini adalah kerana urusan disini adalah sedikit mudah dibandingkan di Malaysia kerana semuanya diuruskan oleh akhi yang menyediakan perkhidmatan membawa pelajar2 UK di Warwick. Jadinya saya mula menyimpan wang sedikit demi sedikit dari saat itu untuk mewujudkan peluang tersebut. Dan pada cuti summer 2011 saya pulang ke tanah air dan memberitahu hasrat untuk menunaikan umrah pada mak juga ayah dan respon yang diterima memberangsangkan. Emak siap menjahit 3pasang jubah dan 2 jubah siap beli untuk dibawa ke sini dan membelikan 2 pasang telekung baru untuk saya. Pada masa itu saya rasa seperti saat itu sudah dekat untuk impian saya ke tanah suci. Rasa tidak sabar pon ada juga.

Setahun Kemudian iaitu pada tahun 2012 walaupon duit sudah mencukupi tapi saya tak punyai kawan untuk dibuat teman kesana. Saya juga kurang berkeyakinan untuk merantau seorang diri. Walaupun saya akan bertemu ramai lagi kawan lain dari universiti lain tapi perasaan kurang yakin sedikit menjerat saya. Saya ingatkan tiada rakan dari universiti Plymouth yang mengikut program umrah tahun itu.Sehinggalah seminggu sebelum jemaah umrah bertolak baru saya tahu yang 3 orang rakan dari universiti ini mengikut program umrah tarbawi spring 2012. Rasa sedikit kesal sebab tidak membuat selidikan yang mendalam.. Akhirnya saya terlepas umrah tarbawi tahun 2013. Namun saya sempat kirimkan doa kpd kawan yang pergi kesana untuk disampaikan bila tiba disana nanti. Cuti musim panas 2012, saya pulang sekali lagi ke tanah air. Saya khabarkan pada emak yang saya memang nekad mahu pergi umrah tahun depan iaitu tahun ini 2013. Emak belikan satu lagi jubah buat persediaan dipakai disana nanti. Emak tanya mahu telekung lagi ke, saya jawab tak perlu kerana telekung yang bawa dahulu pun masih baru.

Saya tiba di UK pada 24 September 2012 seusai berakhirnya cuti musim panas dan selamat tiba di Plymouth pd 25 september keesokan harinya. Menumpang 2 hari dirumah rakan berdekatan city center, kami berbincang mengenai umrah tarbawi spring ini. Dan ketika itu juga saya mendaftar untuk mengikuti program tersebut sesi ini. Saya disamping belasan rakan lain mendaftar seawalmungkin untuk chop tempat kerana tempat adalah terhad dan ianya seperti hot cake yang terjual dengan sangat pantas sekali. Bila selesai mendaftar, saya mula memasang angan-angan. Terbayangkan diri sudah berada disana, berjalan bersama rakan selepas solat di masjid Nabawi, terlihat pohon kurma dan unta yang dipakaikan baju indah berwarna warni.  Melihat jutaan lautan manusia sedang bertawaf bersama. Entahlah mungkin itu imej yang saya sering lihat di kaca telebisen mungkin. Teringat kisah-kisah yang dikongsikan oleh rakan-rakan yang pernah menjejakkan kaki ke tanah suci dan terasa sangat teruja sebenarnya. Setiap kali menelefon emak atau skype dengannya saya tak lupa untuk bercerita tentang perkara tersebut. Saya siap berangan bila dapat pergi nanti mahu belikan emak jubah juga tasbih, untuk ayah, kopiah, tasbih, minyak atar juga kayu suci. Semuanya terasa indah. Sehingga saya lupa untuk expect the unexpected. Tiada berita yang didengar dari akhi Jo tentang progres umrah kami selama hampir 4 bulan dan saya garapkan yang semuanya berjalan lancar.

Sehinggalah sekitar awal Januari 2013, saya terbaca satu post di facebook yang dibuat oleh seorang brother dari Malaysia yang saya subscribe yang menyatakan yang permohonan haji dan umrah tahun ini telah diketatkan. Ia juga berbunyi yang semua wanita yang berusia 45 tahun ke bawah tidak dibenarkan memasuki Mekah tanpa mahram yang juga bermaksud, kaedah mahram tumpang sudah tidak dibenarkan lagi. Saya ingat perkara tersebut hanya tertakluk di Malaysia sahaja tapi sedikit kegusaran sudah terlekat dihati saya namun saya lupakan sahaja. Yakin sangat kan? Dan pada suatu hari bertarikh 18 januari 2013. Hari itu salji turun lebat di universiti. Salji turun pertama kalinya dalam masa 2 tahun. Tahun 2012, saya tidak turun di plymouth. Kami pelajar Malaysia ini memang tengah sibuk bermain salji kerana sudah 2 tahun tidak jumpa. Tanpa saya sedar, sebuah emel dihantar ke inbox group umrah tarbawi 2013 berkenaan progress permohonan umrah kami. Emel tersebut berbunyi serupa seperti post di facebook yang saya baca lebih kurang 2 minggu lepas. Saya tidak terkejut tetapi lebih kepada tiada perasaan saat itu. Rakan-rakan perempuan lain yang juga mendaftar untuk ke tanah suci sudah sibuk berbicara tentang perkara berkenaan dan waktu itu kami masih bermain salji sebenarnya. Saya keliru seketika. Tidak tahu patut rasa ape. Seorang rakan menangis kerana terlampau sedih dengan pernyataan itu. Saya seperti boleh menerima tapi rasa sedikit keliru tentang keadaan tersebut. Dalam emel tersebut, dinyatakn yang wanita yang dibolehkan mengerjakan umrah mahupun haji hanya mereka yang membawa bersama mahram dan juga berusia 45 tahun ke atas. Dan berlaku kes pada tahun 2011, sekumpulan jemaah wanita dari Nigeria telah dihalau pulang kembali ke negara mereka setelah they were denied access to enter the country at the airport. Dan dengan itu saya terfikir, hanya ada dua cara untuk saya ke sana sekarang, iaitu samada membawa keluarga bersama which means agak susah untuk men-selarikan jadual kami kerana masing2 bekerja, baik ayah mahupun abang. Dan adakah mereka willing untuk menemankan saya ke sana juga? Dan jalan kedua ialah dengan berkahwin? Ermm solusi kedua ini terasa seperti susah lah pulak sebabnya calon juga tiada kelihatan lagi.

Saya ingat saya okay-okay sahaja dengan kenyataan yang saya sudah tidak dapat ke tanah suci lagi sebelum pulang ke Malaysia pertengahan tahun ini. Tapi entah kenapa, sejak seminggu dua ini, saya diserang perasaan sedih yang agak kuat bila teringat yang saya tiada rezeki kesana. Saya cuba untuk fikirkan jalan selesainya namun masih kabur sekarang ini. Duit yang sudah saya kumpulkan itu masih kekal dalambank. Sayang mahu guna sebab masih menaruh harapan untuk kesana lagi sebenarnya. Dan minggu lepas, saya sempat berborak dengan adik saya yang pulang ke tanah air dai india tentang perkembangan semasa rumah dikampung. Adik bercerita tentang sepupu (lelaki) yang akan bergerak ke tanah suci dalam minggu ini ditaja oleh rakannya yang bekerja dengan AirAsia untuk mencuba pesawat yang baru dibeli oleh AirAsia. Cemburu. Dan saya makin cemburu bila adik cerita lagi yang sepupu yang sama akan sekali lagi ke tanah suci bulan 5 nanti kerana ditaja bos beliau setelah mendapat keuntungan (yg besar mungkin) dalam bisnes balak beliau. Memang double cemburu. Tersangat-sangat!! Dan bila mendengar cerita anak kepada sepupu yang sedang belajar di Madinah membawa ibu, baba dan opahnya mengerjakan umrah terakhir sebelum berlepas pulang ke tanah air setelah bergraduasi juga membuatkan mata sedikit berair pedih. Oh..

Dan bila saya fikirkan balik dan ingat kembali kisah-kisah yang saya dengar dan baca terdahulu. Saya teringat kembali akan 'the chosen one'. Tak semua orang berpeluang menjadi the chosen one. Hanya yang bertuah sahaja akan terpilih. Memang hakikatnya pedih bagi saya untuk menerimanya tapi sedikit demi sedikit ia mengajar saya tentang kehidupan ini. Mungkin ja;an untuk saya kesana agak sukar dan saya tidak tahu yang saya bakalan berpeluangkah untuk ke sana barang sekali seumur hidup? Bila teringat akan rakan2 yang berpeluang ke sana dalam usia yang muda, rasa cemburu tidak dapat dielak tapi saya bukanlah mereka. Rezeki manusia adalah berbeza-beza. Ada yang murah rezekinya dan ada yang agak sukar. Yang perlu dilakukan ialah sabar dan sabar lagi. InsyaAllah. Saya tidak akan putus asa. Mungkin jalan saya ke sana agak sukar tapi niat saya untuk ke sana tidak akan pernah padam

://side memo:// bila bersembang dengan adik berkenaan kegagalan saya ke sana, jawapannya senang saja iaitu; 'kau kahwin jelah'..ciss, apa dia ingat nk kawin tu senang macam beli gula-gula dekat kedai pak cik li depan rumah kitorang tu ke T___T

Monday, February 4, 2013

Menangguh-nangguhkan Kerja

Peace Be Upon You...

Rasanya pernah menulis sedikit tentang procrastination dulu, hari ini mahu tulis lagi :) Kenapa kita suka bertanggguh dan suka berbuat kerja diminit-minit akhir? Saya amati saya amatlah parah dalam membuat kerja minit akhir ni. Memang rasa taksedapduduk bila buat kerja lambat but there's something in me saying that I can still do it even it is last minute. Entah lah mungkin sebab terlebih keyakinan yang kerja itu masih mampu dilakukan walau dalam keadaan stress yang mencengkam. Lebih yakin juga kadang2 membawa binasa juga ye. Cos last week I had a blow of my own quite gun. Minggu lepas entah bagaimana perasaan yakin yang selama ini menebal dalam diri tak mampu dikeluarkan. Akhirnya saya gagal menghantar penulisan kepada pensyarah yang mengakibatkan keyakinan diri menurun tapi masih lagi sifat bertangguh-tangguh tak dapat dibaiki. Dan saat ini pkol 4 pagi saya bergelut unutk menulis karangan berbaur pedih mata sebab tak tidur. Sifat bertangguh ni tiada lah ubatnya selain rajin dan keinginan untuk merubah sendiri, makanya saya memang perlu berusaha dengan sekuat gigih untuk mengatasi permasalahan ini. Memang sangatlah mengerikan kalau anak2 saya nanti mewarisi sifat buruk emaknya ini. Alahaii T__T

Friday, February 1, 2013

Sumber Kekuatan

Peace Be Upon You...

Masa dan air pasang surut tak tunggu siapa2. (Direct Translation :)

Kadang-kadang dalam masa suka-suka riang-riang, akan datang masa yang agak menyesakkan. Kadang-kadang kelas penuh jadual sampai makan pon tak meyempat dan tidur pon ayam-ayam sahaja. Dan kadang-kadang datang masa jadual kosong memang tak tahu nak buat apa dekat rumah tapi datang pula kerja-kerja menulis yang berlambak-lambak yang nak kena hantar setiap minggu dan perlu menghadap supervisor yang sama setiap minggu sehinggalah rasa nak muntah kaler-kaler yang menjijikkkan.

Sekarang ni, jadual kelas sehari-hari saya kat sini adalah sangat lapang cuma ade 3 jamkelas dalam seminggu. Bunyi macam heaven giler sbb boleh lah bersuka riang ria sembang sana sini,spend masa tengok muvie ke drama ke dengar lagu ke hape ke. Hakikatnya masa jadual kosong nilah yang menjadikan saya rasa sangat tertekan dengan rutin harian sekarang. Jadual kosong tak bermakna kerja tak ade. Sebabkan ini ialah tahun terakhir saya mengaji di sini,makanya untuk menamatkan pengajian yang makan masa berzaman ni, makanya kenalah hantar sesuatu yang melayakkan saya bergraduasi nanti. Dalam tempoh meyiapkan dissertation yang nampaknya tak berapa nak berkesudahan nilah datang ujian perasaan yang agak berat. Tiap-tiap minggu kene hantar completed chapter dan dua-tiga hari lepas tu kene pergi mengadap supervisor dengar komen dan saranannya. Most of the time supervisor sangat2 lah membantu dengan idea yang bernas lagi jitu untuk mempastikan kerja penulisan saya tak nampak dan kedengaran bodoh dan tidak berbatu asas. Tapi kadang2 bila mood swing datang, apa yang diperkatakan beliau akan mendatangkan lubang besar dihati dimana bila balik2 jumpa beliau mesti tak bersemangat dan rasa malas yang amat sangat nk teruskan menulis. Sekarang ni saya dalam proses nk siapkan chapter 3 dimana banyak informasi dan pembacaan perlu dialakukan untuk mampu menulis dan mengomen atas kertas nanti.Disebabkan saya ini sangatlah pemals tahap teratas bilamasuk bab2 membaca, makanya proses menulis ni jadi sangat2 sukar dan tersangkut disetiap level.

Dan malang sekali, sepatutnya, hari ni saya kena hantar completed version of chapter 3 tp saya duduk sibuk melayan perasaan stress sbb taksiap tulis lagi. Last2 sekali hantar email dekat supervisor supaya postpone meeting sbb tak siap menulis. Aghh rasa sangat tak bertanggungjawab dan rasa bersalah amat dekat lecturer yang sorang ni. 

Hari hari pon saya rasa hilang kekuatan nk menulis lagi dan lagi. Disebabkan proses menulis ni takkan habis selagi saya tak hantar satu dissertation yang dah siap, makanya ia akan berterusan sampailah penghujung bulan 3 nanti. Rasa bosan yang teramat bila perlu mengadap benda yang sama hari-hari, minggu-minggu sampai berbulan lamanya.MasyaAllah rasa seksa yang amat kadang-kadang tu. Rasa malas nak pikir dah dan nak main guli je kat bilik. Dan ditambah pulak saya tinggal sorang2 tanpa ada housemate Malaysia yang lain atau jiran2 Melayu yang boleh saya panggil sesuka hati bila hati gundah gulana lagilah menambah stress sehari-hari. Tak boleh nak menyembang dengan orang menambahkan rasa isolated yang amat. Nak telefon mak hari-hari nanti mak dekat rumah risau pulak, nak call adik dekat india, dia pon tengah sibuk pereksa hari-hari. Kakak2 pulak kerja dan sibuk dengan hal dan tugasan masing yang lebih penting perlu dilangsaikan. Makanya saya selalu rasa hilang arah mana nak berpaling. Makin lama saya biarkan makin rasa hanyut dalam arah yang tak betul. Hari-hari dok depan laptop tapi langsung tak bukak Microsoft Word. Yang selalu bukak ialah youtube, facebook,twitter dan macam2 benda tak berilmiah yang lain. Rasa looser gila rutin harian tapi memang escapism memegang saya sekarang ni. Bila bukak word tulis 20 patah  perkataan, rasa bosan lepas tu terus bukak benda tak berfaedah. Bilalah kerja nak siap.

Dan hari ni saya bangun lewat sbb semalam tak boleh nak lena sbb risau supervisor marah tak hantar chapter 3. Bangun sahaja tidur saya terpikir yang memang apa yang saya buat ni tak betul. Kalau saya nk memohon sesuatu, memang dah tak ade tempat lain nk mintak kecuali dari Allah. Memang itu sahajalah tempat yang paling bagus paling mujarab untuk mintak petolongan. Saya selalu lupa untuk niatkan perbuatan harian saya kepada Allah. Saya lupa untuk niatkan yang penulisan saya ni kpd Allah. Saya buat dengan hati yang tak ikhlas dan maran-marah. Sebab itulah rasa tak tenang datang menjengah selalu dan rasa benci dan malas adalah sahabah yang berkepit dengan saya hari-hari. Teringat pula pesan kawan saya yang katanya, 'Buat dissy ni niat kerana Allah. Sbbnya kita memang akan rasa susah dan penat nk kene baca,fikir dan tulis serat perah idea untuk jadikan penulisan kite menarik. Kalau niat itu kerana Allah S.W.T maka susah kita itu dapat penghargaan nanti. Kita bukan sahaja buat dissy semata2 untuk tamat mengaji tapi dalam pada masa yang sama dapat pahala. InsyaAllah'


About Me

My photo
Plymouth, Devon, United Kingdom
Servant of Allah who try to better herself everyday.