Sunday, September 16, 2012

Hilang Itu Mengajar

Peace Be Upon You.

Dalam kehidupan seharian kita, kita banyak mengumpul. Tak kiralah apa yang kita kumpul. Kumpul harta, kumpul stem, kumpul buku, gambar ataupun apa sahaja. Banyak sangat benda yang kita kumpul sehingga kadang2 kita mungkin dah lupa akan betapa banyaknya koleksi dalam rumah kita. Banyak sangat mungkin sehingga berjalan pon tersepak. Terfikirkah kita bila kita akan kehilangan semua benda yang kita kumpul itu. Mungkin juga hidup kita terlalu bahagia hingga kita lupa untuk 'expect the unexpected'. Biasalah lumrah manusia kita selalu sahaja lupa apabila kita berada di dalam zon selesa kehidupan kita. Banyak yang kita mahukan dan selalunya kita mahu sesuatu itu dengan jalan yang senang. Logiklah manuisa ini memang begitu. Saya pon manusia juga memang begitu, kalau boleh nak berjaya dengan senang. Kalau boleh nak graduate secepat yang mungkin tanpa perlu bazirkan 2 tahun dari hidup saya berkelana di bumi asing dengan mengadap peljaran yang sentiasa memberi stress dan keguguran rambut yang serius. 

Dan baru2 sesetangah perkara membuatkan saya tersedar akan kehidupan yang saya lalui ini memang banyak dah saya kumpul tapi sayangnya benda yang saya kumpul itu nyata sekali tak boleh nak menolong saya diakhirat kelak. Sibuk kumpul beli periuk belanga kesukaan. Ialah kalau dah namanya suka memang kita akan buat apa sahaja untuk dpatkanya. Bukan setakat periuk belanga sebenarnya, segala buku, novel, perkakas lektrik, perhiasan dan banyak lagilah. Bila tengok barang yang kita ada tu rasa seronok kan? Rasa macamkita dah achieve sesuatu walaupon tak tunjuk dekat orang pon. Rasa macam kita punyai sesuatu yang kita boleh rasa gembira. Tapi ingatlah manusia, apa yang sebenarnya akan kekal? 

Dalam beberapa masalah yang berlaku sepanjang beberapa bulan kebelakangan ini, segala harta yang saya rasa sangat berharga pada saya hilang begitu sahaja tanpa dapat saya pertahankan hak saya. Itulah kisahnya saya kehilangan apa yang saya kumpul selama dua tahun. Mula2 rasa sangat sedih, ialah banyak kot duit yang saya habiskan untuk semua barang yang saya ada tu. Semua pon habis terbuang tanpa tinggalkan sisa satupon. Bolehlah kata kalau nak menangis setitik dua tu kira oklah kan.

Tapi dalam dok mengenangkan keadaan diri yang kehilangan harta dunia ni,saya sebenarnya lagi sedih memikirkan nasib saya 'disana'. Didunia ini mungkin kita kata kita diuji dengan pelbagai dugaan dan tahukah kita apa sebenarnya maksud dugaan tersebut. Tidak lain tidak bukan adalah untuk mengajr kita akan erti hidup. Apa sebenarnya tujuan kita diutuskan didunia ini. Untuk kumpul barang kegemaran atau untuk apa sebenarnya? Bila saya hilang segala apa yang saya gemari dalam sekelip mata ia sangatlah banyak mengingatkan saya yang kita didunia tiada apa yang kekal. Ingatkah kita untuk berbuat ibadah sebanyak mungkin. Memang ia sesuatu yang sukar tambah2 lagi ianya sesuatu yang kita x nampak hasilnya didunia ni.Kalau macam kerja, memang penat kita kerja tapi lepas tu kita dpat gaji dan beli pulak perabot moden kegemaran kalbu. Kita boleh nampak hasilnya nyata didepan mata. Lain pulak dengan ibadah sebab kita x nampak hasilnya hinggalah tibanya hari perhitungan. Maka disitulah letaknya pengakhiran kita. Samada kita bekerja keras didunia dan akan kaya di sana ataupon kita kerja malas didunia dan akhirnya bankrap di sana. Begitu jugalah hal ini mengajar saya bahawa betapa kita sayangkan sesuatu di dunia ini,satu pon kita tak akan boleh bawak ke kubur walau sekeping gambar sekalipun. Ia sebenarnya begitu menginsafkan saya tentang perihal kewujudan saya di muka bumi ini. Di harap moga saya tidak akan fanatik terlalu amat lagi akan dunia ini. Semoga kita semua akan berusaha walaupun payah mengumpul 'harta' untuk dibelanjakan disana InsyaAllah

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Plymouth, Devon, United Kingdom
Servant of Allah who try to better herself everyday.