Saturday, September 1, 2012

Eid Ul Fitri

Peace Be Upon You...


Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam Eid Ul Fitri kerana kita sekarang masih berada di    bulan Syawal. Taqabbalallahuminna wa minkum saya ucapkan buat semua. Kebanyakan rakyat Malaysia katanya beraya sehingga sebulan. Masih banyak lagi rumah terbuka diadakan saban hari dibulan Syawal ini. Tetapi bagi saya sekeluarga, sambutan Aidilfitri kami hanyalah bertumpu pada raya pertama sahaja. Disini,di bumi Kelantan, Aidilfitri adalah kurang meriah jika dibandingkan dengan AidilAdha. Jika tiba hari raya AidilAdha, sambutannya lebih meriah. Mungkin kerana ianya terkenal dengan event makan lembu (korban) yang diadakan. Setiap keluarga akan sama2 bersedekah dan berbagi2 daging yang diperoleh dari lembu korban. Tidak kurang juga majlis makan2 yang diadakan. Jiran tetanggga akan diajak melapah lembu bersama2 dan suasana sangat meriah jika nak dibandingkan dengan Aidilfitri. Saya pula tahun ini InsyaAllah akan menyambut AidilAdha kali yang ketiga di bumi asing. Sedih juga rasanya sebab tiga kali berturut2 tak berada dirumah. Tapi InsyaAllah kemeriahan tetap dapat dirasa di hati walaupun seisi keluarga jauh di mata.

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Plymouth, Devon, United Kingdom
Servant of Allah who try to better herself everyday.