Peace Be Upon You...
19. Sungguh manusia diciptakan bersifat suka mengeluh
20. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah,
21. dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia jadi kikir (kedekut)
Surah Al-Ma'arij
Saya sangat tertarik dengan 3 ayat dari surah Al-Ma'arij ini. Benarlah dari tafsir ayat diatas, manusia iaitu kita adalah hamba yang jarang bersyukur dan pula selalu meminta-minta. Suka pula berkeluh kesah. Apabila susah mengeluh dengan kesusahan itu dan apabila diberikan rezeki kita mudah lupa diri dan tidak bersyukur, malah merasa sayang untuk berkongsi apa yang diberikan oleh Allah S.W.T dengan orang lain. Kita selalu merasa tidak cukup dan apabila ingin diberi sedikit harta kepada orang lain, risau pula harta kita berkurang. Astaghfirullah. Begitulah sifat manusia.
Usah ditudingkan kepada manusia lain, saya juga kadang tidak boleh lari dari sifat ini. Apabila sedikit susah dalam pelajaran dan kehidupan seharian, sering mengeluh dan rasa berat hati untuk menghadapi. Selalu pula mengungkit akan ujian2 yang Allah berikan. Memang amat sukar untuk merubah diri menjadi hamba yang sedar tapi itu bukan mustahil. Dan apabila ingin berkongsi sesuatu dengan yang lain mulalah berkira, apa yang akan tinggal dengan saya. Memang teruk sekali pemikiran ini.
Saya sedang berusaha dengan tekun untuk tidak merasa kikir dan kedekut dengan apa yang saya ada tapi kadang2 tewas dengan pujukan syaitan agar tidak berkongsi dengan manusia lain. Sukar sekali sebenarnya untuk punyai rasa berlapang dada ini. Hakikatnya kita sudah tahu sekian lama yang jika kita bersedekah dengan hati yang ikhlas maka balasan Allah kepada kita akan berlipat kali ganda dari apa yang kita berikan tapi untuk ada sifat tersebut amat-amatlah sukar sekali. Semoga kita dapat mendidik hati agar menjadi hamba Allah yang tidak berkira dan tenang dalam menghadapi ujian dan dugaan Allah kelak.