Sunday, November 25, 2012

Berapakah Umur Kita Agaknya?

Peace Be Upon You...

Hari ni saya chat dengan adik saya. Adik saya di India, saya di Plymouth. Jauh, makanya menggunakan platforn chatting lah yang menjadi penghubung antara kami.Oleh sebab saya dan adik baru saja install Oovoo semalam makanya hari ni kami mahu cuba-cuba gunakan kaedah chat Oovoo pulak instead skype yang kami selalu guna. Hari ni saya tidak skype ke kampung sebab semalam baru saja skype dan sudah mendapat perkembangan keluarga di kampung. Abang dan seorang daripada kakak berada di kampung. Mereka dua-dua pon cikgu makanya cuti sekolah ini haruslah pulang ke kampung. Ke mana lagi mahu pergi jika bukan pulang ke rumah tempat dibesarkan. Tiga anak saudara juga ada bersama tapi masih belum berpeluang mahu melihat keletah si kembar. Bila skype saje mereka sudah tidur. Perbezaan masa 8 jam membuatkan banyak perkara agak terbatas tapi semua itu rasanya sudah terbiasa.

Dalam asyik bersembang berbagai perkara yang nyata semuanya isu dunia, adik menulis memberitahu bahawa mak saudara sebelah ibu sudah meninggal. Tersentak seketika. Terfikir sejenak. Berhenti beberapa saat. Berfikir. Hari ini baru saya tahu. Ibu saudara meninggal minggu lepas. Saya tidak kesal kerana tahu lewat. Mengetahui ini sudah membuatkan saya syukur. Sekurang-kurangnya sekarang saya tahu bagaimana keadaan dunia di sebelah sana.

Beberapa hari lepas: Dalam mimpi saya muncul mak saudara yang sudah beberapa tahun tidak saya ketemu. Bngaun paginya tertanya-tanya, kenapa tiba-tiba termimpikan mak saudara. Lalu terjengah di benak, bagaimana keadaanya sekarang, adakah dia masih ada. Rupanya mimpi ini ingin memberitahu suatu perkhabaran tentang beliau. Ya Allah

Saya tidak sangat mengenali beliau tetapi saya tahu yang hubungan kami adalah ibu saudara dengan anak saudara. Bertemu jarang sekali kerana permasalahan keluarga. Saya ingin sangat mengenali beliau tetapi terbatas atas sebab2 tertentu hajat hanya tinggal hajat. Saya hanya tahu nama panggilan beliau tetapi tidak nama penuh beliau.Sedihnya. Boleh dkira dengan jari bilangan saya bertemu dengan beliau. Mungkin semasa kecil pernah berjumpa tetapi saya tidak ingat bagaimana rupa dan susuk tubuhnya bagaimana. Saya tahu dia sakit dan itu sudah lama,mungkin berbelas tahun dan tidak sembuh sehingga saat dia menghembuskan nafas terakhir

Dan saya terfikir, dia sudah tiada lagi. Hajat saya mungkin tinggal hajat tetapi saya tetap boleh mendoakan dia agar tenang di sana. Dan walaupon saya tidak tahu nama penuhnya saya tetap boleh menghadiahkan doa buatnya dan saya yakin Allah akan menerima dan tahu ia adalah untuk beliau.

Sya terfikir lagi, bulan Januari lepas datuk meninggal dunia dan minggu lepas ibu saudara. Ter fikir sejenak, semua manusia yang hidup pasti merasa mati. Itu adalah fakta yang tidak boleh disangkal oleh sesiapa pun. Kita semua manusia, milik Allah. Dan tahukah kita berapakah umur akhir kita.Kita tidak tahu bukan. Bukan sekadar kita tidak tahu berapa umur akhir kita, malah kita tidak akan tahu bila dan dimanakah kita akan menghembuskan nafas terakhir kita. Sesungguhnya kita hidup sekarang juga diatas belas kasihan Allah. Sudahkah kita bersyukr akan apa yang kita ada. Sudahkah kita mengucapkan Alhamdulillah kepada Allah hari ini. Dengan apa yang kita miliki, dengan udara yang kita sedut secara percuma. Sampai bilakah kita akan menikmati semua pemberian Allah ini. Kita hidup seolah-olah tidak sedar yang kita akan mati. Dan apa yang lebih menggerunkan ialah kita tidak tahu sampai bilakah akan kita berada di dunia ini. Ini hakikat yang menggerunkan tetapi belum cukup untuk menggerunkan kita unutk turun bersujud kepada Allah. Mengenangkan bekalan kita yang kita ada yang kita tidak tahu sebanyak mana telah kita kumpul itu, juga tidak cukup untuk membuatkan kita menangis ketakutan saat ini.

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Plymouth, Devon, United Kingdom
Servant of Allah who try to better herself everyday.