Peace Be Upon You...
Setiap manusia yang hidup pasti merasa mati. Begitulah kehidupan yang telah ditetapkan Allah untuk semua makhluknya. Yang membezakan mereka amalan mereka didunia. Bagi yang menghadapi kehilangan ahli keluarga pula pasti rasa kehilangan yang menusuk apabila berlaku kematian. Kematian juga memperingatkan semua manusia yang masih hidup akan dekatnya mati, oleh itu menginsafkan mereka yang masih terang mata hatinya. Kehilangan datuk saya yang kembali menghadap Allah pada hari Isnin 9 haribulan 1 bersamaan 14 Safar 1433 Hijrah menginngatkan saya bahawa mati akan datang menyahut setiap manusia samada bersedia atau tidak. Siapalah yang tidak sedih, mengalirkan air mata menerima berita kematian ahli keluarga. Walaupun saya pada dasarnya tidaklah rapat dengan datuk tetapi dialah satu-satunya datuk yang saya ada. Kehilangannya cukup terasa kerana kerumah beliaulah kami akan berkunjung setiap kali perayaan dan melawat kerana saya hanya punyai seorang datuk sahaja juga tidak punyai nenek. Kesedihan yang cucu alami tidak sehebat anaknya. Apabila mendengar berita kematian datuk emak teresak2 kerana tidak berpeluang bersama ayahnya ketika beliau menghembuskan nafas terakhir sangat meruntun hati saya. Datuk meninggal dunia di Kuala Lumpur manakala emak berada di Kelantan, jarak yang agak jauh untuk dijejaki dalam masa yang singkat. Jika saya mengangis, apatah lagi emak saya. Namun saya bersyukur sbb emak sudah semakin pulih daripada dihimpit perasaan sedih, petang tadi bila saya skype emak, dia mampu tersenyum dan tertawa dengan cucu sulungnya,namun masih terselit sedih bila saya maklumkan yang kami yang jauh di bumi UK ini mengadakan tahlil dan solat jenazah ghaib utk arwah tok usin, emak mengesat mata. Jika diikutkan hati mahu juga sy berair mata, tapi tak sampai hati merosakkan mood baik emak. Tiada apa yang saya pinta selain daripada mohon agar roh datuk ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman. Dan tiada lain yang dapat saya berikan selain kiriman doa untuk kesejahteraan rohnya disana.
Ketahuilah bahwasanya kematian adalah suatu kepastian yang tidak bisa dimajukan dan dimundurkan dengan cara bagaimanapun.
﴿كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ﴾ [آل عمران: 185]
“Setiap jiwa pasti akan merasakan kematian” (Al-Baqarah: 185).
“KEMATIAN SEMAKIN DEKAT, KEMANAPUN KAMU PERGI PASTI AKAN DIJEMPUT”.

No comments:
Post a Comment