Tuesday, January 24, 2012

Silaturrahim yang Terurai

Peace be Upon You...


Dalam bersahabat, rasanya tiada seorang pon inginkan persahabatan itu putus, apatah lagi setelah benar-benar lama berkawan bukan? Namun siapa kita untuk menduga kuasa Allah S.W.T. Segala yg berlaku dilangit dan di bumi di bawah seliaan-Nya. Kita sebagai manusia yang lemah hanya mampu memohon kepada-Nya utk memberi kita kekuatan kepada kita diatas segala ujian yg dberikan. Dalam banyak2 ujian yang sayahadapi selama ini dapat saya katakan bahawa mungkin ini antara ujian terbesar utk saya selain ujian kematian ahli keluarga baru sahaja berlaku kurang sebulan lalu. Entah dimana silapnya, terurainya silaturrahim ini berlaku dalam masa kurang lima minit. Tidak pernah saya bayangkan dan fikirkan yang kawan yang saya sayang selama lebih sepuluh tahun usia persahabatan kami tergamak berbuat demikian. Walau apa pun yang telah berlaku saya tidak mahu menyalahkan dirinya yang melakukan demikian. Mungkin saya yang bersalah tidak pandai mengikut 'anginnya'. Dalam saya memujuk hati utk tidak bersedih, saya tidak dapat lari dari merasa terlalu amat terkilan dgn ketergamakannya memutuskan silaturrahim antara kami disebabkan perkara yang terlalu kecil jika mahu dibandingkan dengan segala kenangan manis yang kami lalui bersama sejak sekolah mahupun selepas sekolah sehinggalah kini. Saya ingatkan persahabtan ini akan kekal hingga akhir hayat kami manakan tahu perkara seperti ini akan berlaku disaat saya mempercayai sepenuhnya juga menyatakan kepada diri saya " mungkin dialah kawan baik aku sampai aku tua nanti". Langsung tidak terdugakan oleh pemikiran saya,manusia yang lemah ini. Berkali-kali saya bertanya diri saya mengapa dia tergamak dan sanggup dan dengan senangnya mengungkap perkataan putus silaturrahim dalam sekelip mata kerana pada pemikirannya kami sudah tidakberada di aliran yang sama. Seperti filem usang yang ditayangkan, benak saya dihantui oleh gambaran2 segala peristiwa yang kami lakukan bersama dahulu, segala pengorbanan dan kemaafaan yang saya berikan kepadanya seolah-olah langsung tidak dihargai malah dipijak begitu sahaja. Saya dengan sekuatnya menolak untuk putus asa dan terlalu ingin dia menyambung kembali silaturahim ini namun saya tak dapat lari dari kenyataan yang manusia itu lemah dan iman saya yang sentiasa berbolak balik. Hari ini saya bangun dengan perasaan kosong dan hati saya terasa tawar sudah dengan persahabatan ini juga perbuatannya kepada saya selama ini. Jika semalam saya terasa sungguh mahu menumpahkan air jernih dari mata, hari ini serasakan perbuatannya itu tidak layak untuk mendapat airmata saya. Jika ditakdirkan saya kehilangan kawan ini,saya yakin bahawa jalan yang saya pilih ini adalah jalan benar...sahabat sejati tidak akan meninggalkan sahabatnya sendiri hanya kerana rakannya itu berubah utk menjadi insan yang lebih baik utk menuju jalan Allah. InsyaAllah,Allah akan permudahkan saya dan beri kekuatan kpd saya utk bangkit dr ujian ini. Betollah apa yang diperkatakan rakan Usrah saya, dunia ini adalh pinjaman semata-mata. Keluarga, harta dan kawan2, semuanya adalah milik Allah yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita utk menguji kekuatan iman kita terhadapnya. InsyaAllah saya akan mampu bangkit menempuhi 'hurdle' ini dan saya sgt memohon Allah agar tidak menarik balik segala hidayah yang dikurniakan kepada saya. Saya juga sgt memohon agar saya diteguhkan hati utk berjuang dan berjalan dalam jalan Allah ini.

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Plymouth, Devon, United Kingdom
Servant of Allah who try to better herself everyday.