Peace be Upon You
3 weeks into the term, saya dah dapat kerja yg banyak sekali. Assignments menimbun dgn due date yg agak dekat2. Semester ni agak berpeluh sebab semua markah setiap subjek sudah mula dikira dan main-main perlulah dikurangkan pastinya. Agak susah itu ye. Disebabkan semester baru ini, kelas saya telah direshufflekan olh lecturer kami mengikut subjek elektif yang diambil, jadi ramai jugalah muka2 baru dalam kelas. Separuh daripadanya adalah mereka yg saya kurang mesra diebabkan mereka asal dari rumah sebelah. Namanya kelas juga sudah ditukar ganti jadi Reynolds iras-iras pelakon kacak Hollywood Ryan Reynolds gitu. Disebabkan ramai yang kurang mesra dan sifat azali saya yang juga kurang peramah, maka permasalahan mungkin timbul jika perlunya kerja berkumpulan ataupun plenary discussion in class. Terasa sedikit kelainan atau ketidak serasian disitu ye. Setakat ini semua pekerjaan dilakukan secara individu dan saya tak nafikan yang sifat buruk assabiyah agak lebih dalam diri saya. Bukan kenapa, kerana saya bukan yang banyak cakap jadi tendency utk beramah mesra dgn org adalah agak tipis,maka kalau perlu kerja bersama,saya akan cari orang atau kawan yang saya sudah biasa bersama. Mahu dijadikan cerita, di awal minggu pertama semester bermula, lectuer saya yang comel Roisin yang asalnya ialah Irish telah bagi-bagikan kami mengikut pair utk satu presentation tentang subjek Approach to Teaching and Learning di bawah topik English Language Teaching Method. Saya dapat tajuk yang ketiga awal dan persediaan awal itu penting ye semua...tapi masalah disini ialah partner saya adalah berasal dari rumah sebelah. Udah lah jumpa pon jarang2 malah bercakap pon tidak pernah, maka saya membayangkan sesuatu yang tidak indah sepanjang pekerjaan kami, malah dia pon ialkah lelaki. Oleh sebab saya ini juga kurnag mesra dengan kaum ini, maka tensi telah timbul dihati. Namun pekerjaan harus diteruskan takgitu. Seminggu kami bekerjasama dan hari Isnin minggu depan dah nak present dah. Alhamdulillah Allah permudahkan pekerjaan kami setakat ini. Sebelum ni,saya dengar org cakap die ni sarkastik mulutnye, mau nangis saya, tp setakat saya berjumpa dan bicang sebanyak 4 kali sahaja ini, tak terguris lagi jiwa saya..hehe. Orangnye pon x banyak omong macam saya juga jd senang lah bicara. Hari ni, kami sebagai bussiness partner dah pon pergi dapatkan approval ttg slide show yg kami sediakan (86% was my job done actually, hebatkan) dan everything was under control. Tak sabar nak habiskan pekerjaan ni tp at the same time rasa berdebar dihati bb dah lame x present dan tambah2 lg depan kawan2 baru yg still x berapa biasa lg huhuuh. Tp InsyaAllah dgn izin Allah,semuanya akan berjalan lancar. Come on my partner Afif, ayuh kita lakukan dgn sebaik mungkin hoyeaahhh...
No comments:
Post a Comment