Peace be Upon You
Sebagai manusia, kita selalu dengar phrase anak kesayangan atau murid kesayangan bukan? Memang dulu kalau dekat sekolah mungkin selalu jealous dengan murid2 yg menjadi apple of the eyes cikgu2 dan mereka lah yang selalu dianggap sebagai idola zaman kanak2 huhuhu. Tp bagaimana pula dengan anak kesayangan, apa definisi anak kesayangan ni? Sama jugak dengan murid kesayangan agaknya lah.Masa dulu pernah dengar ada ustaz dalam Al Kuliyyah pernah cakap yg anak2 x sepatutnya dibeza-bezakan dan seeloknya ibu bapa treat their children equally regardless their rupa paras or paras intelligence mereka. Dan bagi anak2 pada pendapat saya tak ada seorang pon yang ingin dia dibeza-bezakan.. betul tak? Tapi perkara memang sukar dielakkan sebenarnya. Ibubapa mungkin sudah cuba sedaya upaya untuk menyama-ratakan layanan mereka terhadap anak2 namun mungkin ada loopholes yang kadang2 mereka x sedar mereka telah melebihkan anak yg tertentu dan itu bukan silap mereka sebenarnya kerana semua manusia melakukan kesilapan. Nobody's born perfect. Tp bagaimana ye perasaan anak2 yg berada dalam situasi dibeza-bezakan ini. Adakah mereka rasa tersisih atau terabai atau sedih atau pon sama2 aje? Saya bukan lah orang yang pakar akan psikologi yang ingin bercakap berdentam dentum tentang perkara ini tetapi sekadar memberi pandangan boleh lah.
Setiap anak yang waras rasanya akan sedaya upaya menjadi anak yang bagus dan baik terhadap ibu bapa mereka dan saya juga terlalu ingin menjadi anak yang membalas jasa kedua ibu bapa saya. Seumur hidup saya ini,seingat saya saya tidak pernah dengan niat sengaja atau sesuka hati ingin melukakan hati mereka. Yakin juga saya bahawa semua anak2 juga ingin melakukan perkara yang sama. Kadang2 dalam hati kita ini ingin juga menjadi anak kesayangan ibubapa bukan? Ya dulu saya pon selalu memikirkan perkara tersebut. Mesti seronok kalau dapat jadi anak kesayangan sebab mma ngan ayah sayang kita lebih. Seingat saya ibubapa saya tidak pernah lebihkan mana anak dari segi material namun beza-bezakan sedikit tu adela. Itu pon untuk kebaikan kami sekeluarga juga maybe untuk dijadikan contoh teladan kepada saya. Tetapi sesedih manakah anak2 jika ibu bapa dengan sejujurnya menjelaskan perbezaan mereka dengan adik atau kakak mereka? Sedih. Betul betul sedih sehingga tidak terucapkan oleh lidah tapi terganti dengan air mata. Pedih. Bukan lah saya ingin mencanangkan kesedihan hati tetapi ingin berkongsi perasaan apabila dikategorikan sebagai anak yang berada dalam kumpulan yang banyak membawa masalah. Sesungguhnya saya tidak menyalahkan sesiapa pada tahap ini kerana semua salah saya. Saya akui saya pernah melakukan kesilapan dan saya terkilan dengan diri sendiri. Kesilapan yang dilakukan dulu ingin sangat saya lupakan tetapi apabila subjek itulah yang menjadi topik kegemaran perbualan saya jadi terlalu terkilan. Saya memohon maaf berteman air mata dengan mereka dan saya ingin lupakan episode itu tetapi saban hari cerita sama yang diungkit menjadikan saya tidak yakin kepada diri sendiri. Saya rasa ingin lari jauh tapi saya terhutang nyawa kepada kedua ibubapa saya. Selagi saya tidak membalas segala jasa mereka, saya bukanlah anak yang baik. Saya lah yang bersalah dan langsung tidak marahkan mereka jika gagal melupakan kesilapan saya namun emosi saya kadang2 kurang stabil memikirkannya. Saya bukanlah anak kesayangan dan sebenarnya sudah tahu itu sejak dulu lagi dan saya buat2 tidak tahu pada asalnya dan apabila timbul dari mulut mereka sendiri membuatkan saya tidak dapat mengawal emosi. Saya memohon kepada Allah S.W.T agar memberikan saya ketabahan, kekuatan dan keteguhan dalam menghadapi permasalahan dunia ini. Saya memohon kepada Allah agar memberikan hidayah kepada saya untuk menuju jalannya yang lurus. Amin
No comments:
Post a Comment