Peace Be Upon You...
Sekali lagi saya mulakan tulisan kali ini dengan lafaz Alhamdulillah. Alhamdulillah, syukur yang teramat sangat kepada Allah. Hari ini tak tersangkakan yang saya dan rakan2 pelajar di bumi United Kingdom ini menerima berita yang menggembirakan sekali. Setelah hampir dua tahun genap menetap disini berbekalkan wang yang disalurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, saya mampu bertahan walaupon keadaan kadang2 mendesak. Dan hari berita gembira yang kami terima ialah elaun kami akan dinaikkan setaraf dengan penyelarasan elaun pelajar tajaan JPA. Alhamdulillah. Memang tak dinafikan inilah berita gembira yang sangat mengujakan. Akhirnya dapat juga lah saya berasa sedikit lega dengan keadaan yang makin menghimpit saya dan pelajar2 lain yang merasakan perubahan ekonomi UK yang makin hari makin mencekik ini. Ialah, apa tidaknya, harga rumah makin naik, minyak naik, gas naik, harga barangan dapur naik, tambang bas naik. Bak katanya semuanyalah naik harga mulai bulan April lalu.
Kenaikan kadar elaun itu saya tidak tahu berapa dan saya tidak kisahpon kalau ianya naik 10 pound sahaja sebab rezeki Allah ni janganlah kita banyak persoalkan. Yang paling penting saya bersyukur sekali tidak terhingga. InsyaAllah akan digunakan rezeki yang diberikan ini dengan bijaksana ke jalan yang membawa kebaikan ^^.

No comments:
Post a Comment