Sunday, May 20, 2012

Olympic London 2012 Torch Relay came down to Plymouth

Peace Be Upon You...

Olympic Torch relay 2012

Semalam hari yang bersejarah di bandar Plymouth sebabnya obor Olimpik 2012 dibawa ke Bandar dalmsiri jelajah seluruh England bersempena dengan Sukan Olimpik London yang bakal berlangsung Julai nanti. Sebagai rakyat asing yang tak pernah lagi setakat ni menyaksikan larian obor Olimpik, maka saya dan rakan2 yang lain tak melepaskan peluang keemasan ni. Saya pon apa lagi bersiap keluar dari rumah seawal pukul 5 petang sedangkan acara hanya kan mula berlangsung pada pukul 7 petang. Memang semangat habislah kiranya ni. Hohohoo. Sesampai dibandar berkumpul pula dirumah kawan sekejap untuk mengumpul bala tentera sebelom menyerang tapak Festival nanti. Cukup korum saya dan rakan2 terus serbu tempat tersebut. MasyaAllah punyalah ramai orang di Plymouth yang turun untuk menyaksikan obor ni. Khabar asalnya, dikatakan yang Beckham akan turun padang ke Plymouth tapi tunggu punye tunggu bayang Beckham pun tak ade. Penat aje dok menunggu nak tengok Beckham versi live ni..T__T tapi tak kisahlah sebab memang nak g tengok larian obor pon aje sebenarnye hehe. Banyak agensi2 swasta yang turun padang bagi merchandise jenama masing2 free dekat pengunjung. Kami pon ape lagi serbu aje booth yang tengah duduk sibuk distribute merchandise. Nak buat koleksi lah katakan, dah memang tak datang dah event macam ni bila dah balik Malaysia nanti :). Acara yang ditunggu-tunggu tak kunjung tiba. Kami ni yang bersaiz kecik kalau nak dibandingkan dengan mat salleh sekalian memang seksa dok berhimpit denan diorang cuba jgk nak lenyek kami. Punyelah penat menunggu sampai nak putus asa, rasa macam nak balik aje. Kami duduk bersiri hampir 3jam x jgak sampai2. Penat tapi nasib baik x panas kalau tidak habis keluar bau2 x sepatutnya hehe. Tunggu punya tunggu akhirnya 15 minit nak pukul 10 malam barulah sampai si obor tu. Ingatkan si kacak Beckham yang akan bawak lari obor tu sambil berlari dengan macho sekali tapi apa kan daya, budak sekolah yang berjantina perempuan yang duduk senyum mengukir sambil lari2 dengan gembiranya. Ceh. Tunguu sampai 3 jam tp bila dia lalu depan kita x sampai 3 saat pon. Gambar pun blur-blur ayam, x jelas. Sedeyh sungguh, rasa macam nak tidur aje kat padang tu tp apakan daya malam2 dekat Plymouth ni sejak mak ai. Gambar kat atas ni ajelah yang mampu diabadikan di sekitar acara larian obor Olimpik 2012. Tp jangan tertipu dengan suasana yang masih cerah dibelakang tu. Sebenarnya waktu saya tangkap gambar ni dah pkol 10 malam dah. Sekarang musim panas sedang menjengah datang jadi siang semakin panjang, malam pulak makin pendek. 

Bila dah frust x tangkap tangkap gambar orang bawak obor dengan santik sekali, dapat tangkap gambar eye on Plymouth yang cantik waktu malam ni pon puas hati :)

P

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Plymouth, Devon, United Kingdom
Servant of Allah who try to better herself everyday.