Wednesday, May 30, 2012

Hidup Adalah Lapangan Pembelajaran

Peace Be Upon You..




Terkadang, apabila ditimpa musibah, ditipu orang, rakan sendiri atau sesiapa sahaja, atau kehilangan sesuatu, kita selalu mengeluh dan merungut. Seolahnya mengeluh dan merungut itu dapat mengurangkan rasa sakit yang dirasakan dihati. Kadang-kadang juga kita menyalahkan takdir yang kelihatannya selalu tidak menyebelahi kita. Atau mungkin juga kita akan bertanya diri sendiri kenapalah kita yang dijadikan sasaran bukan? Iya, kesemua yang saya senaraikan diatas saya pernah rasa dan buat. Dan hari ini pula datang satu lagi jenis ujian yang membuat emosi agak bergoyang. Saya ini tidak punyai ramai kawan ketika usia remaja(sekolah) disebabkan personaliti saya yang kurang bercakap, agak pemalu (eh) dan agak kurang mesra tambah2 lagi dengan persekitaran baru. Memang agak payah untuk saya membuat kawan. Teringat lagi masa mula2 masuk sekolah menengah, saya mengambil masa sekitar 6 bulan untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru sekolah menengah dan untuk membuat kawan baru. Mungkin kerana saya kurang bercakap membuatkan orang fikir yang saya ini sombong. Dan apabila tamat sekolah menengah 5 tahun kemudiannya saya hanya ada 3 orang rakan yang benar-benar rapat dengan saya dan beberapa orang lagi yang saya sering berbual bersama ketika di kelas. Kesian bukan ? hehehe. Dan apabila ujian demi ujian menimpa saya selepas tamat SPM saya menyepikan diri hampir 3 tahun dan banyak yang saya pelajari sepanjang saya tidak berhubung dengan mereka. Disitu saya boleh menilai siapakah yang benar berkawan kerana Allah dan yang berkawan bermotif. Dan sepanjang tempoh 3 tahun itu juga membuat saya lebih matang dalam menyusun kata-kata dan bagaimana mahu berdepan dengan manusia yang bernama kawan-kawan ini. 


Sungguh sedih sebenarnya apabila kita ditimpa sesuatu musibah dan kawan yang kita percaya sangat memahami kita langsung tidak bertanya khabar mahupun menjenguk. Rasa terasing tetapi itulah yang mengajar bahawa hidup kita didunia ini berseorangan, yang ada hanya Allah peneman sejati. Dan beberapa bulan lepas sekali lagi saya terkesan dengan orang yang dipanggil kawan ini. Kita sebagai manusia memang lumrah akan mencari-cari sesuatu yang selalu orang panggil 'soul searching'. Lama sungguh saya memikirkan akan perkara ini dan apabila tiba di bumi UK ini baru saya terjumpakan. Lama saya ambil masa untuk melalui jalan yang saya ambil serang ini tetapi oleh sebab ia membawa saya kepada ketenangan dan mendekatan saya kepada Pencipta saya maka saya tetapkan hati untuk mengikuti jalan tersebut. Maka apabila rakan ini mengetahui yang saya telah berubah aliran daripada dirinya maka berlakulah konflik ideologi. Apabila keluarnya ayat2 yang tidak enak mulalah terguris hati hingga ada yang mahu memutuskan silaturrahim. Astaghfirullah, tersentap seketika rasanya. Saya fikirkan balik memang sukar untuk telan ego untuk minta maaf walau kita dijalan yang benar tapi jika itu akan membawa ukhuwah kembali menyatu kenapa tidak saya telan sekejap ego itu untuk kemaslahatan kemudian. Dan iya, memang berkesan. Apabila duri telah dicabut maka bersihlah luka tapi tak senang sebenarnya untuk kekalkan ukhuwah ni, banyak dugaan.


Dalam pada berukhuwah ini,banyak perlu sabar dan ikhlas itu sangatlah perlu. Tapi kadang2 kita sebagai manusia tak boleh lari dari terasa terkilan dan terguris. Apabila ada yang mengambil kesempatan terhadap kita maka masa itulah hati terusik sedikit. Rasa agak terkilan apabila saya hanya akan dicari dan dihubungi kembali apabila rakan memerlukan wang. Rakan yang sebelum ini ingin memutuskan silaturrahim dengan saya kerana berbeza pendapat dan mengeluarkan kata2 yang tidak enak didepan rakan yang lain kembali apabila tersepit. Iya, bagai bank gitu cewahh hehe. 


Apa yang berlaku di bumi Allah ini ada banyak hikmah sebenarnya. Seperti situasi diatas, mungkin saya hanya dicari apabila rakan memerlukan wang tapi tanpa saya sedari sifat saya yang bertindaksebagai bank rakyat ini sebenarnya telah membantu rakan yang berada dalam kesusahan. Bukankah itu sesuatu yang boleh  dibanggakan (dalam keadaan mensyukuri nikmat Allah)


Dan apa yang saya ingin nyatakan di hujung penulisan yang agak merapu ini, kehidupan kita ini sebenarnya adalah lapangan pembelajaran bagi kita. Bukan classroom sahaja tempat kita menuntut ilmu tetapi hidupan seharian juga adalah classroom terbesar yang membolehkan kita belajar bila2 masa dan dimana2 sahaja. Apa yang kita hadapi setiap hari inilah yang mengajar kita akan bagaimana mahu survive dalam kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran ini. InsyaAllah saya akan terus belajar dengan tekun dalam classroom yang tidak punyai meja tulis dan kerusi bak sekolah tetapi punyai guru(persekitaran dan manusia didalamnya) yang ramai yang akan sentiasa membantu saya dalam pelajaran kehidupan ini.

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Plymouth, Devon, United Kingdom
Servant of Allah who try to better herself everyday.