Peace Be Upon You...
Beberapa hari lepas saya ke supermarket ASDA untuk grocery shopping kali terakhir (InsyaAllah) hendaknya sebelum pulang bercuti musim panas di Malaysia hujung bulan Jun nanti. Dikala duit sudah tinggal sisa-sisa ni makanya program membeli barang dapur terpaksa dicatu hehe. Oleh itu hampir sebulan jugalah saya tidak akan keluar shopping barang dapur nanti, maka terpaksalah bertahan dengan apa yang ada sahaja. OK cukup mukaddimah tentang shopping barang dapur saya, masuk ke isi utama tentang 'jujur'. Hari ini rasanya kejadian yang saya lihat ini sangat memberi kesan kepada saya tentang sifat jujur. Tidak kiralah siapa anda sekalipun it is indeed 'honesty is the best policy'. Ketika usai membeli barang2 yang perlu, selepas hampir 2jam bertapa dalam bangunan supermarket itu saya menarik troli 'Hoopa' ke tempat menunggu bas yang biasanya dibawa oleh nenek2 tua kerana sifat troli ini yang kurang bergaya dan jika anak remaja memegangnya maka akan hilanglah ke-cool-an mereka. Tapi tidak saya kesahkan cool atau tidak sebab sememangnya saya ini tiada cool langsung, asal dapat membantu saya membeli barang dengan banyak sekaligus,maka hoopa ini sangatlah bermanfaat bukan sahaja kpd saya malah kepada kebanyakan pelajar Malaysia disini.
Kali ini bas saya agak lewat kerana saya tidak menaiki City Bus (City Liner eh?) kerana saya ada tiket percuma selama seminggu daripada syarikat bas jenama First Bus. Tidak ramai yang menaiki bas yang saya naiki kerana kadar tarif bas ini yang agak mahal berbanding dengan City Bus yang selalu saya naiki sebelum ini. Oleh kerana saya membawa troli yang agak besar, maka saya memilih untuk duduk di bahagian depan berhampiran dengan ruang kosong untuk kerusi roda dan stroller. Bagi yang biasa dengan design bas di UK mungkin tahu bagaimana rupa bas disini. Bas2 disini sangat mesra pengguna kerana ada bahagian khas untuk stroller dan kerusi roda dan ruangnya juga agak luas muat untuk 3 stroller dan lantai bas juga rendah untuk memudahkan mereka yang berkerusi roda mahupun stroller ini bergerak masuk kebadan bas tanpa masalah yang rumit. Mungkin perkara ini boleh diaplikasi di Malaysia satu hari nanti:). OK, seterusnya... Pemandu bas kali ini berhenti agak lama dihadapan Asda kerana mahu menunggu menumpang yang lain untuk memenuhi bas tapi sememangnya tak ramai pon penumpang yang naik First bus in a first place. They prefer the other bus company for it affordable tickets price. Setelah hampir 10 minit menunggu disitu, pemandu bas bersedia bergerak. Kelihatan seorang wanita lewat 20-an menyorong stroller anaknya dengan agak laju menuju ke arah bas yang hampir bergerak ni. Dengan gopoh perempuan tersebut menjungkit tayar depan stroller untuk memasuki bas, mengah saja saya tengok. Dicari-carinya tiket bas didalam beg tangannya tidak dijumpai, agak gopoh dia tercari. Dibeleknya sekali lagi ruang2 yang terdapat dalam begnya, ' Ah here it is'...pakcik pemandu mengambil tiket itu lalu diketip lubang sebagai tanda sudah dikenalpasti tiket tersebut.
Perempuan tersebut tidak terus menuju ke tempat duduk tp saya nampak dia berbicara dengan pemandu bas, saya tidak ada lah kesah sangat kelewatan sebab saya memang free sebelah petang (tiada kuliah mahupun seminar) jadi menghabiskan masa sebentar menunggu pakcik pemandu berbual dengan perempuan tersebut bukanlah masalah. Dalam pada saya mengelamun melihat ke luar tingkap bas yang di tinted dengan iklan University sendiri, saya terdengar sedikit perbualan mereka. Tidak banyak yang saya tangkap dek kerana deruman enjin bas yang dihidupkan tapi yang paling jelas ialah perempuan tersebut mengkhabarkan kpd pakcik pemandu yang dia sebenarnya tidak membayar lagi harga tiket yang diketip tadi kerana pemandu bas sebelumnya yang memberi tiket tersebut tiada duit baki untuk diberikan kepada beliau disebabkan semasa perempuan tersebut mahu membayar dia tidak punyai duit kecil. Perempuan itu menyeluk purse nya lalu mengira bilangan syiling yang diperlukan. Saya sebenarnya agak terkejut dengan peristiwa ini. Didalam hati saya terfikir, berapa ramai orang yang sanggup berterus terang menyatakan yang anda masih belum membayar tambang apabila anda sebenarnya sudah mendapat tiket? Mungkin akan consider ia sebagai durian runtuh tiket free? Subhanallah, jujurnya perempuan tersebut, mungkin atau mungkin tidak saya juga akan melakukan perkara yang sama jika saya ditempatnya?MasyaAllah. Saya bukannya tidak mahu beranggapan baik (husnudzon) kepada kaum sendiri di negara sendiri tetapi memang sukar untuk mencari sikap begini tambah2 dalam kalangan anak muda. Agak pelik sebenarnya kerana sejak saya menetap di sini hampir 2 tahun lalu, banyak sekali saya lihat sikap2 yang sepatutnya ada pada orang Islam tetapi banyak diaplikasi oleh rakyat bukan Islam disini. Saya bukanlah mahu menyalahkan seseiapa kerana kita sebagai manusia mampu mengubah diri ke arah yang lebih baik. Peace to the world ^_^

No comments:
Post a Comment