Peace Be Upon You...
Paris mungkin terkenal dengan jolokan kota cinta. Malah betapa banyak rancangan tv, drama, atau filem yang berlatarkan kota paris untuk menunjukkan yang kota paris Paris itu sangat sejoli untuk pasangan yang dilamun cinta. Dan selama ini saya juga telah termakan segala apa yang dipaparkan di televisyen dan akhbar tentang betapa romatiknya kota Paris. Entahlah,memang mudah termakan dengan hasutan. Makanya saya pon pergilah ke Paris untuk merasa istimewanya Paris dengan 'cinta'. Bukannya untuk mencari cinta tetapi saja mahu melihat betapa istimewanya Paris dan struktur yang paling intim dengan Paris, Eiffel Tower. Perjalanan dari London Victoria station ke Paris mengambil masa lebih kurang 9 jam dgn bas. Disebabkan kekurangan kewangan maka bas adlh pilihan yang tepat memandangkan penerbangan teramat tidak berbaloi bagi pelajar seperti saya ni. Bas pukul 10.30 malam bertolak dari Victoria bergerak menuju Dover dan bertukar ke atas feri sebelum tiba di stesen Galleini di Paris pukul 5.00 pagi. Saya mulakan perjalanan pagi terus melulu ke Eiffel Tower dalam keadaan pagi yang sejuk bersuhu 0 degree. Bila sampai, saya rasa macam tak boleh sorok rasa kecewa bila tengok Eiffel Tower yang digembar-gemburkan itu hanyalah seperti besi berkarat bangunan tak siap huhuu. Atau mungkin saya saja yang tak pandai menghargai seni? T__T Puas saya keliling Eiffel Tower untuk cari spot cantik untuk diambil gambar tapi rasanya hampa saja yang dapat. Rasa menyesal pon ade sebabnya datang sejauh ini untuk ambik gamba bangunan besi x siap. Rasa tertipu dengan segala keindahan yang digambarkan dalam tv, padan muka sendiri sbb terlalu terpengaruh dengan tv huhuhhu. Puas saya tengok manalah yang romantik sgt dengan benda ni. Alahai pening kepala kejap. Orang lain asyik dudukambil gambar depan tower saya plk sibuk dk makan biskut dan roti. Apa2 jelah mereka ni.
Lepas kecewa dengan besi buruk ingat nk jugalah masuk muzium cinta tengok potret monalisa tapi alih2 kawan pulak kene rompak dompetnya oleh pencopet. Memang kejadian tu merosakkan mood kami untuk terus berjalan keliling Paris. Pencopet2 di Paris ni memang cekap sebab kawan saya memang x perasaan langsung yang begnya dah terbukak lama. Habis hilang kad2 penting dan duit euro.Kasihan kawan saya tu. Makanya masa kami selama sejamdihabiskan dibalai polis untuk buat laporan polis.Sepnjg sejam disitu, hampir 5 orang berbaza masuk dan keluar utk buat laporan kehilangan beg duit. Memang dahsyat sungguh kota Paris ni dengan pencopetnya. Hajat dihati untuk tengok potret monalisa tak kesampaian bila balai polis menjadi tempat yang lebih selesa untuk duduk duduk berborak.
Cukuplah komen yang tak berapa indah saya catatkan untuk Paris ni. Nanti ada yang tak sependapat pula. Rasanya terpulang pada individu tertentu kot untuk manifestasikan istilah kota cinta ni. Bagi saya Paris bukanlah tempat yang saya akan lawati buat kali kedua. Cukuplah datang sekali pon sudah memadai.Sekadar menjejakkan kaki dan tahu bagaimana tempat ini. Tiada yang istimewa dari kampung sendiri rasanya heheheh
Saya pon tak tahulah apa yang dikatakan Paris ni sebagai kota cinta. Cinta manusia tak kekal bagi saya.Sekadar tengok besi buruk dan potret monalisa tu bukanlah cinta namanya ataupun saya yang terlalu pesimistik. Peace
The Eiffel Tower |
Musee Du Louvre a.k.a Museum Love |
Arc Du Triomphe |
Saya pon tak tahulah apa yang dikatakan Paris ni sebagai kota cinta. Cinta manusia tak kekal bagi saya.Sekadar tengok besi buruk dan potret monalisa tu bukanlah cinta namanya ataupun saya yang terlalu pesimistik. Peace
No comments:
Post a Comment