Friday, September 14, 2012

Fasa Peredaran

Peace be Upon You


Semakin tahun berlalu semakin bertambah usia. Itulah lumrah hidup. Masa berlalu ke hadapan bukan ke belakang, tumbesaran berlaku kearah semakin membesar bukan semakin mengecil, dan itulah hakikatnya. Bila saya lihat di sekeliling saya, dapat saya lihat yang dunia sebenarnya semakin berubah dalam keadaan saya masih kurang sedar akan perubahanya ataupun saya yang buat-buat tak perasan akan perubahan tersebut. Di tahun 2012 ini, umur saya sudahpun menjangkau 23 tahun. Sebenarnya saya masih dalam dilema tak dpt nak menerima kenyataan (in denial) yang saya sudahpun dewasa. Masih terasa diri kecil lagi (perasannya *_*) Serasanye terlalu banyak perkara manis yang berlaku semasa kecil sehingga saya tidak terasa untuk menginjak ke arah dewasa. Namun itu bukanlah alasan untuk saya tidak meneruskan hidup dalam jalan yang sebetulnya. Kadang2 apabila melihat adik yang sudah pun berusia 20 tahun ini mengejutkan saya dari mimpi yang semua adik beradik pun sudah dewasa tidak ketinggalan saya juga. Makin lama terasa makin mengundur pula pemikiran ni. Tapi sejak setahun dua kebelakangan ini menyedarkan saya yang saya sebenarnya tidak boleh lagi lari dari kenyataan usia saya tidak pause walaupun saya sekuat hati tidak mahu menginjak dewasa. Apa yang jelas menunjukkan yang usia dewasa ini ialah apabila melihat sudah ramai kawan2 yang bertunang malahan berkahwin dan ada juga yang sudah punyai 2 orang anak. Ya Allah memang rasa seperti kene tumbuk di muka apabila dengar cerita tentang kawan2 lama yang bukan sekadar sudah habis belajar tapi yang sudah berumah tangga beranak pinak. Aduhh terasa diri sangatlah tidak matang nak dicompare dengan mereka ni. Walaupun saya ni masih dalam denial untuk terima yang saya dah pun tua tapi saya tak boleh nak nafikan yang saya pun teingin untuk punyai keluarga sendiri dalam usia yang muda ini. Rasanya tak mahulah saya bazirkan masa muda lakukan perkara yang melalaikan diri. Kadang2 x boleh nk sembunyi perasaan jahat iaitu cemburu tengok masing2 sudah punya suami atau isteri disamping anak yang of courselah comel2 belaka. Rasa macam loser bila tengok diri sendiri yang masih tak ada pencapaian lagi, belajar tak abis lagi, masih ada dua tahun dan bab2 lain usah cerita lah memang nehi hey. 

Pernah jgk bincang perkara ni dengan kawan2 yang lain dan masing2 pon bagi pendapat yang lebih kurang sama. ' Eh aku teringin betolla nak kawen, jeles naw u tengok ramai kawan yang dah kawen'. Ish ish ish memang kalau perempuan sebaya duduk sekali, tak pernah sering lah bincang hal nikah kahwin ni. Tapi bila difikirkan dan dikaji dari segi logiknya, kenapa kita belum diberikan jodoh. Jangan asyik salahkan takdir sahaja. Bila dilihatkan perbezaan perwatakan orang yang dah kawin dengan yang belum,memang ade bezanya. Terlihat aura kematangan pada mereka yang sudah berkahwin. Bukanlah saya nak katakan yang orang belum kahwin ni tak matang tapi ada dalam aspek tertentu orang yang sudah kawin ni lebih sedikit matangnya. Dan saya pernah terbaca satu artikel tapi lupa pula dimana sumbernya yang mengatakan bahawa mungkin kita selalu bertanya pada diri sendiri kenapalah kita masih belum dikurniakan jodoh walaupun lama sudah diri  meronta-ronta punya keinginan untuk berkahwin. Ada sebabnya semua ini berlaku. Mungkin kita memang punyai hasrat untuk kawin tapi tanpa kita sedari yang kita sebenarnya masih lagi belum bersedia. Kita sebenarnya mungkin jeles tengok orang yang sudah berkahwin dengan pasangan masing2 dan terlintas dalam hati bahawa 'ah sweetnya la diorang tu'. Ternyata yang kita sebenarnya masih belum faham akan tujuan utama perkahwinana bukanlah semata-mata untuk berada dalam keadaan 'sweet' itu sepanjang masa. Masih banyak lagi tanggungjawab yang tersorok dari pandangan umum yang kadang2 kita tak terfikirkan. Berkahwin bukan senang dan bukan sekadar suka2 untuk jangka masa honeymoon sahaja tetapi tujuan perkahwinan itu sangatlah hebat sebenarnya. 

Makanya apabila didalami dan ditanyakan akan sahabat2 yang telah berkahwin menyedarkan saya yang sebenarnya terlalu besar tanggungjawab setelah berkahwin. Dan memang masalah cemburu melihat kawan2 yang telah berkahwin itu ada tapi ia lebih menyedarkan saya yang jika mahu berkahwin dalam usia muda ini, masih terlalu banyak ilmu yang perlu saya sematkan dalam diri. BUkan sahaja ilmu rumah tangga tapi yang lebih penting ialah ilmu agama sebabnya bila berkahwin tak mungkin kita tak punyai hasrat untuk mempunyai anak kan? Dan untuk punyai anak sendiri dan untk mendidik mereka bukanlah perkara yang boleh dipetik dengan jari sahaja. Perkara yang paling saya bimbangi jika saya ditakdirkan berkahwin dan punyai anak sendiri nanti ialah saya terlalu risau jika anak2 saya tidak membesar menjadi manusia yang berguna pada agama dan manusia sejagat. Astaghfirullahalazim. Tambahan pula dizaman kemodenan yang melanda dunia ini, banyak sungguh dugaan ibu bapa dalam mendidik anak menjadi anak soleh.

Sesungguhnya dalam bab nikah kahwin ini,saya serahkan sepenuh pengharapan pada Allah agar dikurniakan jodoh yang baik kepada saya dan selebihnya perlulah saya berusaha untuk memperbaiki diri dalam hidup yang penuh dugaan ini. Dan tidak lupa kepada kawan2 saya yang saya sayangi yang sudah bertunang atau sudahpun berkahwin, saya ucapkan Barakallah. Tiada apa yang saya pohon kecuali keberkatan dan kerukunan dalam rumah tangga meraka, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Plymouth, Devon, United Kingdom
Servant of Allah who try to better herself everyday.