Wednesday, March 7, 2012

Not Always A Smooth Sailing Journey.

Peace Be Upon You...


Surah Al-Buruj; ayat 11

Dalam hidup semua, setiap jalan yang dilalui akan ada onaknya. Tidak akan ada jalan yang lurus tanpa sebarang bengkok mahupun tidak akan ada jalan yang disepanjang-panjang laluan tersebut tidak terdapat batu mahupun ranting yang merintangi. Akan ada sahaja yang akan menjadi penghalang atau dalam erti kata lain akan menjadi ujian kepada orang yang melalui jalan tersebut. Sepanjang saya berada di bandar Plymouth ini, Alhamdulillah kehidupan saya sendirian setakat ini seronok sahaja. Mungkinlah ada saat sedih mengingatkan ahli keluarga di kampung juga pengalaman kehilangan ahli keluarga terdekat yang saya sudah pastinya tidak dapat bersama ahli keluarga yang lain dalam menenangkan mereka atas berita yang menyedihkan itu. Namun saya sangat bersyukur pada Allah S.W.T kerana memberi saya kekuatan dalam diri saya yang cukup lemah sendirian menghadapi perkara2 tersebut. Dan setakat 2 tahun berada disini,terlalu banyak yang telah saya pelajari dari alam juga manusia di sekeliling saya. Bahkan setiap peristiwa yang berlaku baik kepada saya mahupun rakan2 terdkat kepada saya memberi terlalu banyak pengajaran kepada saya dalm menjadi lebih matang untuk meneruskan perjuangan hidup yang singkat ini. 


Kelmarin satu peristiwa yang berlaku kepada diri saya juga seorang rakan telah memberitahu saya tentang satu perkara. Petang Jumaat yang cerah itu membawa saya dan rakan saya ke pusat bandar Plymouth yang terletak 37 minit melalui jalan bas. Oleh kerana matahari beberapa hari ini memancar dengan gemilangnya , maka saya dan rakan telah berhajat keluar bersiar2 petang itu sebelum 'send off' beliau yang akan berangkat ke bandar Cardiff untuk menghadiri program 'Talk' yang akan disampaikan oleh Brother Shah Kirit yang didatangkan khas dari Malaysia. Rugi sungguh saya kerana tidak berpeluang turut serta kerana kekangan kewangan yang berlaku. Bas yang kami tunggu di hadapan pintu kecil Universiti tiba tepat pada masanya dan kami hanya menunggu kira2 10minit selepas terlepas bas pada pukul 1.29 petang. Ini antara perkara yang saya sgt suka sekali sejak tinggal disini dan jika ingin dibandingkan dengan sistem yang terdapat ditanah air memang banyak lg perkara yang perlu diperbaharui tapi itu bukanlah perkara utama yang ingin dibahasakn disini. Tidak ramai orang didalam bas petang itu kerana jelas bahawa budak2 sekolah masih belum pulang dan penumpang yang ada hanyalah datuk2 dan nenek2 yang membawa tongkat membawa bersama beg shopping Asda yang sudah pasti selepas ini akan singgah di supermarket tersebut untuk membeli barang dapur. Sngat tenang dan nyaman sekali hari ini, ditemani cahaya yang indah dan rakan baik bersama keluar untuk mencari ketenagan. Di pertengahan jalan bas dihentikan untuk memunggah penumpang yang menahan bas dari kejauhan. Saya kurang perhati penumpang2 yang menaiki bas tika itu kerana khusyuk menatap kecantikan bunga-bungaan ciptaan Allah yang sedang galak berbunga di musim puncak. Yang saya sedar ialah mereka agak bisng sekali jika dibandingkan dengan penumpang yang telah lama berada di dalam bas. Beberapa orang lelaki yang sibuk bercakap2 itu menonong ke bahagian belakang tempat remaja biasa duduk namun mereka tidak nampak seperti masih remaja, meninggalkan kerusi kosong dibelakang kami. Biasa. Pemandangan ke pusat bandar dihiasi bunga2 halus dikiri kanan jalan. Rakan saya tiba2 memandang saya." Ada org tarik tudung kami" jelasnya. Saya hanya diam seketika...mungkinkah? mereka tidak duduk betul2 dibelakang kami macamana tangan boleh sampai untuk menarik tudung rakan tersebut; fikir saya sendiri. Kedengaran perkataan yang tidak enak didengar dari belakang. All the common swear words that English people always used being uttered by the three men behind us. Mereka seolah- olah tidak berada dalam keadaa yang betul2 waras, mabuk di tengahari mungkin. Kami masih tenang, mungkin mereka sahaja ingin mengusik..tp dalam hati terfikir,apakah cara mengusik ini agak kasar? Tidak semena-mena saya terasa kepala saya bergerak kebelakang tiba2. Kali ini giliran saya pula, terasa hati disentap tiba-tiba namun saya tidak berkata-kata. Rakan yang duduk ditepi dikhabar. Kami diam. Terdengar mereka dibelakang masih terkumat kamit dengan F* word mereka dan memanggil kami 'hey you...f***'. Adat berada di negara orang, saya pendamkan rasa ingin marah, begitu juga rakan ditepi. Kami teruskan perbualan tentang perkara2 yang tidak berkaitan unutk menceriakan hati menuggu tiba ke destinasi.


Entah kenapa, perjalanan yang selalunya sekejap saja serasakan amat lama bagi saya kali ini. Masih kedngaran sumpah seranah dibelakang tapi kami pekakkan sahaja telingatidak mahu mendengar segala persepsi buruk mereka terhadap kami. Tiba2 seorang pemuda yang dudukdi sebelah rakan saya di bahagian kiri tempat duduk bas menegur pemuda yang menarik tudung kami. Dikatakannya kpd mereka yg tidak patut sungguh mereka memperlakukan kami seperti itu. Saya terasa sungguh damai tika itu kerana dikalangan mereka masih ada yang berbaik sangka akan kami. Tindakan baik pemuda itu dibalas dengan kata2 tidak enak semestinya drpd mereka yang menarik tudung kami. Saya kagum dengan pemuda tersebut kerana kebaikan hatinya menegur mereka yang tidakbertanggungjawab tersebut walaupun mereka adalah dari golongan yang sama.


Nyata, untuk menjadi minoriti bukan senang. Namun ia bukanlah sesusah yang digambarkan. Dengan adanya sabar dan pertolongan dr Allah maka InsyaALLAH semuanya akan berjalan lancar. Seteruk mana halangan yang dilalui jika pada Allah bantuan dimohon, maka hati akan sentiasa tenang. Moga Allah berikan saya kekuatan untuk terus berada dijalan-Nya. ^__^

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Plymouth, Devon, United Kingdom
Servant of Allah who try to better herself everyday.