Wednesday, May 30, 2012

Hidup Adalah Lapangan Pembelajaran

Peace Be Upon You..




Terkadang, apabila ditimpa musibah, ditipu orang, rakan sendiri atau sesiapa sahaja, atau kehilangan sesuatu, kita selalu mengeluh dan merungut. Seolahnya mengeluh dan merungut itu dapat mengurangkan rasa sakit yang dirasakan dihati. Kadang-kadang juga kita menyalahkan takdir yang kelihatannya selalu tidak menyebelahi kita. Atau mungkin juga kita akan bertanya diri sendiri kenapalah kita yang dijadikan sasaran bukan? Iya, kesemua yang saya senaraikan diatas saya pernah rasa dan buat. Dan hari ini pula datang satu lagi jenis ujian yang membuat emosi agak bergoyang. Saya ini tidak punyai ramai kawan ketika usia remaja(sekolah) disebabkan personaliti saya yang kurang bercakap, agak pemalu (eh) dan agak kurang mesra tambah2 lagi dengan persekitaran baru. Memang agak payah untuk saya membuat kawan. Teringat lagi masa mula2 masuk sekolah menengah, saya mengambil masa sekitar 6 bulan untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru sekolah menengah dan untuk membuat kawan baru. Mungkin kerana saya kurang bercakap membuatkan orang fikir yang saya ini sombong. Dan apabila tamat sekolah menengah 5 tahun kemudiannya saya hanya ada 3 orang rakan yang benar-benar rapat dengan saya dan beberapa orang lagi yang saya sering berbual bersama ketika di kelas. Kesian bukan ? hehehe. Dan apabila ujian demi ujian menimpa saya selepas tamat SPM saya menyepikan diri hampir 3 tahun dan banyak yang saya pelajari sepanjang saya tidak berhubung dengan mereka. Disitu saya boleh menilai siapakah yang benar berkawan kerana Allah dan yang berkawan bermotif. Dan sepanjang tempoh 3 tahun itu juga membuat saya lebih matang dalam menyusun kata-kata dan bagaimana mahu berdepan dengan manusia yang bernama kawan-kawan ini. 


Sungguh sedih sebenarnya apabila kita ditimpa sesuatu musibah dan kawan yang kita percaya sangat memahami kita langsung tidak bertanya khabar mahupun menjenguk. Rasa terasing tetapi itulah yang mengajar bahawa hidup kita didunia ini berseorangan, yang ada hanya Allah peneman sejati. Dan beberapa bulan lepas sekali lagi saya terkesan dengan orang yang dipanggil kawan ini. Kita sebagai manusia memang lumrah akan mencari-cari sesuatu yang selalu orang panggil 'soul searching'. Lama sungguh saya memikirkan akan perkara ini dan apabila tiba di bumi UK ini baru saya terjumpakan. Lama saya ambil masa untuk melalui jalan yang saya ambil serang ini tetapi oleh sebab ia membawa saya kepada ketenangan dan mendekatan saya kepada Pencipta saya maka saya tetapkan hati untuk mengikuti jalan tersebut. Maka apabila rakan ini mengetahui yang saya telah berubah aliran daripada dirinya maka berlakulah konflik ideologi. Apabila keluarnya ayat2 yang tidak enak mulalah terguris hati hingga ada yang mahu memutuskan silaturrahim. Astaghfirullah, tersentap seketika rasanya. Saya fikirkan balik memang sukar untuk telan ego untuk minta maaf walau kita dijalan yang benar tapi jika itu akan membawa ukhuwah kembali menyatu kenapa tidak saya telan sekejap ego itu untuk kemaslahatan kemudian. Dan iya, memang berkesan. Apabila duri telah dicabut maka bersihlah luka tapi tak senang sebenarnya untuk kekalkan ukhuwah ni, banyak dugaan.


Dalam pada berukhuwah ini,banyak perlu sabar dan ikhlas itu sangatlah perlu. Tapi kadang2 kita sebagai manusia tak boleh lari dari terasa terkilan dan terguris. Apabila ada yang mengambil kesempatan terhadap kita maka masa itulah hati terusik sedikit. Rasa agak terkilan apabila saya hanya akan dicari dan dihubungi kembali apabila rakan memerlukan wang. Rakan yang sebelum ini ingin memutuskan silaturrahim dengan saya kerana berbeza pendapat dan mengeluarkan kata2 yang tidak enak didepan rakan yang lain kembali apabila tersepit. Iya, bagai bank gitu cewahh hehe. 


Apa yang berlaku di bumi Allah ini ada banyak hikmah sebenarnya. Seperti situasi diatas, mungkin saya hanya dicari apabila rakan memerlukan wang tapi tanpa saya sedari sifat saya yang bertindaksebagai bank rakyat ini sebenarnya telah membantu rakan yang berada dalam kesusahan. Bukankah itu sesuatu yang boleh  dibanggakan (dalam keadaan mensyukuri nikmat Allah)


Dan apa yang saya ingin nyatakan di hujung penulisan yang agak merapu ini, kehidupan kita ini sebenarnya adalah lapangan pembelajaran bagi kita. Bukan classroom sahaja tempat kita menuntut ilmu tetapi hidupan seharian juga adalah classroom terbesar yang membolehkan kita belajar bila2 masa dan dimana2 sahaja. Apa yang kita hadapi setiap hari inilah yang mengajar kita akan bagaimana mahu survive dalam kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran ini. InsyaAllah saya akan terus belajar dengan tekun dalam classroom yang tidak punyai meja tulis dan kerusi bak sekolah tetapi punyai guru(persekitaran dan manusia didalamnya) yang ramai yang akan sentiasa membantu saya dalam pelajaran kehidupan ini.

Tuesday, May 29, 2012

Rezeki Tak Tersangkakan

Peace Be Upon You...



Sekali lagi saya mulakan tulisan kali ini dengan lafaz Alhamdulillah. Alhamdulillah, syukur yang teramat sangat kepada Allah. Hari ini tak tersangkakan yang saya dan rakan2 pelajar di bumi United Kingdom ini menerima berita yang menggembirakan sekali. Setelah hampir dua tahun genap menetap disini berbekalkan wang yang disalurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, saya mampu bertahan walaupon keadaan kadang2 mendesak. Dan hari berita gembira yang kami terima ialah elaun kami akan dinaikkan setaraf dengan penyelarasan elaun pelajar tajaan JPA. Alhamdulillah. Memang tak dinafikan inilah berita gembira yang sangat mengujakan. Akhirnya dapat juga lah saya berasa sedikit lega dengan keadaan yang makin menghimpit saya dan pelajar2 lain yang merasakan perubahan ekonomi UK yang makin hari makin mencekik ini. Ialah, apa tidaknya, harga rumah makin naik, minyak naik, gas naik, harga barangan dapur naik, tambang bas naik. Bak katanya semuanyalah naik harga mulai bulan April lalu.


Kenaikan kadar elaun itu saya tidak tahu berapa dan saya tidak kisahpon kalau ianya naik 10 pound sahaja sebab rezeki Allah ni janganlah kita banyak persoalkan. Yang paling penting saya bersyukur sekali tidak terhingga. InsyaAllah akan digunakan rezeki yang diberikan ini dengan bijaksana ke jalan yang membawa kebaikan ^^.

Monday, May 28, 2012

Masih Diberi Peluang Bernafas

Peace Be Upon You...



Alhamdulillah. Yesterday mark my 23 years of living. Praise to Allah for giving me another to year full of his Blessing. And I'm so grateful for being given a healthy body despite a little aching here and there, I still be able to move and feel his air through my lung. If I want to list down the things that I feel grateful to my Lord then this whole page would not be enough because Allah's love is too many to count. And as a resolution for my birthday I would want to be a more grateful person and try not sigh as much as I do now and then. 23 is not a small number anymore and counting until 23 sure takes a lot more time than 17 aitt? I would really love to act as a 23 years old person and contribute more to the people around me, to be mature in everything I do and definitely want to cry less and less yeahh.

Sunday, May 27, 2012

Jujur Perbuatan

Peace Be Upon You...


Beberapa hari lepas saya ke supermarket ASDA untuk grocery shopping  kali terakhir (InsyaAllah) hendaknya sebelum pulang bercuti musim panas di Malaysia hujung bulan Jun nanti. Dikala duit sudah tinggal sisa-sisa ni makanya program membeli barang dapur terpaksa dicatu hehe. Oleh itu hampir sebulan jugalah saya tidak akan keluar shopping barang dapur nanti, maka terpaksalah bertahan dengan apa yang ada sahaja. OK cukup mukaddimah tentang shopping barang dapur saya, masuk ke isi utama tentang 'jujur'. Hari ini rasanya kejadian yang saya lihat ini sangat memberi kesan kepada saya tentang sifat jujur. Tidak kiralah siapa anda sekalipun it is indeed 'honesty is the best policy'. Ketika usai membeli barang2 yang perlu, selepas hampir 2jam bertapa dalam bangunan supermarket itu saya menarik troli 'Hoopa' ke tempat menunggu bas yang biasanya dibawa oleh nenek2 tua kerana sifat troli ini yang kurang bergaya dan jika anak remaja memegangnya maka akan hilanglah ke-cool-an mereka. Tapi tidak saya kesahkan cool atau tidak sebab sememangnya saya ini tiada cool langsung, asal dapat membantu saya membeli barang dengan banyak sekaligus,maka hoopa ini sangatlah bermanfaat bukan sahaja kpd saya malah kepada kebanyakan pelajar Malaysia disini.

 Kali ini bas saya agak lewat kerana saya tidak menaiki City Bus (City Liner eh?) kerana saya ada tiket percuma selama seminggu daripada syarikat bas jenama First Bus. Tidak ramai yang menaiki bas yang saya naiki kerana kadar tarif bas ini yang agak mahal berbanding dengan City Bus yang selalu saya naiki sebelum ini. Oleh kerana saya membawa troli yang agak besar, maka saya memilih untuk duduk di bahagian depan berhampiran dengan ruang kosong untuk kerusi roda dan stroller. Bagi yang biasa dengan design bas di UK mungkin tahu bagaimana rupa bas disini. Bas2 disini sangat mesra pengguna kerana ada bahagian khas untuk stroller dan kerusi roda dan ruangnya juga agak luas muat untuk 3 stroller dan lantai bas juga rendah untuk memudahkan mereka yang berkerusi roda mahupun stroller ini bergerak masuk kebadan bas tanpa masalah yang rumit. Mungkin perkara ini boleh diaplikasi di Malaysia satu hari nanti:). OK, seterusnya... Pemandu bas kali ini berhenti agak lama dihadapan Asda kerana mahu menunggu menumpang yang lain untuk memenuhi bas tapi sememangnya tak ramai pon penumpang yang naik First bus in a first place. They prefer the other bus company for it affordable tickets price. Setelah hampir 10 minit menunggu disitu, pemandu bas bersedia bergerak. Kelihatan seorang wanita lewat 20-an menyorong stroller anaknya dengan agak laju menuju ke arah bas yang hampir bergerak ni. Dengan gopoh perempuan tersebut menjungkit tayar depan stroller untuk memasuki bas, mengah saja saya tengok. Dicari-carinya tiket bas didalam beg tangannya tidak dijumpai, agak gopoh dia tercari. Dibeleknya sekali lagi ruang2 yang terdapat dalam begnya, ' Ah here it is'...pakcik pemandu mengambil tiket itu lalu diketip lubang sebagai tanda sudah dikenalpasti tiket tersebut.

Perempuan tersebut tidak terus menuju ke tempat duduk tp saya nampak dia berbicara dengan pemandu bas, saya tidak ada lah kesah sangat kelewatan sebab saya memang free sebelah petang (tiada kuliah mahupun seminar) jadi menghabiskan masa sebentar menunggu pakcik pemandu berbual dengan perempuan tersebut bukanlah masalah. Dalam pada saya mengelamun melihat ke luar tingkap bas yang di tinted dengan iklan University sendiri, saya terdengar sedikit perbualan mereka. Tidak banyak yang saya tangkap dek kerana deruman enjin bas yang dihidupkan tapi yang paling jelas ialah perempuan tersebut mengkhabarkan kpd pakcik pemandu yang dia sebenarnya tidak membayar lagi harga tiket yang diketip tadi kerana pemandu bas sebelumnya yang memberi tiket tersebut tiada duit baki untuk diberikan kepada beliau disebabkan semasa perempuan tersebut mahu membayar dia tidak punyai duit kecil. Perempuan itu menyeluk purse nya lalu mengira bilangan syiling yang diperlukan. Saya sebenarnya agak terkejut dengan peristiwa ini. Didalam hati saya terfikir, berapa ramai orang yang sanggup berterus terang menyatakan yang anda masih belum membayar tambang apabila anda sebenarnya sudah mendapat tiket? Mungkin akan consider ia sebagai durian runtuh tiket free? Subhanallah, jujurnya perempuan tersebut, mungkin atau mungkin tidak saya juga akan melakukan perkara yang sama jika saya ditempatnya?MasyaAllah. Saya bukannya tidak mahu beranggapan baik (husnudzon) kepada kaum sendiri di negara sendiri tetapi memang sukar untuk mencari sikap begini tambah2 dalam kalangan anak muda. Agak pelik sebenarnya kerana sejak saya menetap di sini hampir 2 tahun lalu, banyak sekali saya lihat sikap2 yang sepatutnya ada pada orang Islam tetapi banyak diaplikasi oleh rakyat bukan Islam disini. Saya bukanlah mahu menyalahkan seseiapa kerana kita sebagai manusia mampu mengubah diri ke arah yang lebih baik. Peace to the world ^_^

Sunday, May 20, 2012

Olympic London 2012 Torch Relay came down to Plymouth

Peace Be Upon You...

Olympic Torch relay 2012

Semalam hari yang bersejarah di bandar Plymouth sebabnya obor Olimpik 2012 dibawa ke Bandar dalmsiri jelajah seluruh England bersempena dengan Sukan Olimpik London yang bakal berlangsung Julai nanti. Sebagai rakyat asing yang tak pernah lagi setakat ni menyaksikan larian obor Olimpik, maka saya dan rakan2 yang lain tak melepaskan peluang keemasan ni. Saya pon apa lagi bersiap keluar dari rumah seawal pukul 5 petang sedangkan acara hanya kan mula berlangsung pada pukul 7 petang. Memang semangat habislah kiranya ni. Hohohoo. Sesampai dibandar berkumpul pula dirumah kawan sekejap untuk mengumpul bala tentera sebelom menyerang tapak Festival nanti. Cukup korum saya dan rakan2 terus serbu tempat tersebut. MasyaAllah punyalah ramai orang di Plymouth yang turun untuk menyaksikan obor ni. Khabar asalnya, dikatakan yang Beckham akan turun padang ke Plymouth tapi tunggu punye tunggu bayang Beckham pun tak ade. Penat aje dok menunggu nak tengok Beckham versi live ni..T__T tapi tak kisahlah sebab memang nak g tengok larian obor pon aje sebenarnye hehe. Banyak agensi2 swasta yang turun padang bagi merchandise jenama masing2 free dekat pengunjung. Kami pon ape lagi serbu aje booth yang tengah duduk sibuk distribute merchandise. Nak buat koleksi lah katakan, dah memang tak datang dah event macam ni bila dah balik Malaysia nanti :). Acara yang ditunggu-tunggu tak kunjung tiba. Kami ni yang bersaiz kecik kalau nak dibandingkan dengan mat salleh sekalian memang seksa dok berhimpit denan diorang cuba jgk nak lenyek kami. Punyelah penat menunggu sampai nak putus asa, rasa macam nak balik aje. Kami duduk bersiri hampir 3jam x jgak sampai2. Penat tapi nasib baik x panas kalau tidak habis keluar bau2 x sepatutnya hehe. Tunggu punya tunggu akhirnya 15 minit nak pukul 10 malam barulah sampai si obor tu. Ingatkan si kacak Beckham yang akan bawak lari obor tu sambil berlari dengan macho sekali tapi apa kan daya, budak sekolah yang berjantina perempuan yang duduk senyum mengukir sambil lari2 dengan gembiranya. Ceh. Tunguu sampai 3 jam tp bila dia lalu depan kita x sampai 3 saat pon. Gambar pun blur-blur ayam, x jelas. Sedeyh sungguh, rasa macam nak tidur aje kat padang tu tp apakan daya malam2 dekat Plymouth ni sejak mak ai. Gambar kat atas ni ajelah yang mampu diabadikan di sekitar acara larian obor Olimpik 2012. Tp jangan tertipu dengan suasana yang masih cerah dibelakang tu. Sebenarnya waktu saya tangkap gambar ni dah pkol 10 malam dah. Sekarang musim panas sedang menjengah datang jadi siang semakin panjang, malam pulak makin pendek. 

Bila dah frust x tangkap tangkap gambar orang bawak obor dengan santik sekali, dapat tangkap gambar eye on Plymouth yang cantik waktu malam ni pon puas hati :)

P

Sunday, May 13, 2012

Last One Here

Peace Be Upon You...




Jumlah saya menetap disini, di Kampung Plymouth khususnya di University College Plymouth St Mark & St John (panjang namanya) ni sudah mencecah 2 tahun cukup2. Makanya menjadi tradisi pelajar2 disini ialah setiap tahun mereka akan mengadakan Festival Malaysia atau lebih dikenali sebagai Malaysian Festival. Makanya dua tahun saya berada disni makanya, 2 kali sudahlah saya terlibat dalam menjayakan Malaysian Festival ni dan pada masa yang sama turut serta bergembira sebab inilah satu-satunya event besar yang kami ada disini hehe. Namun disebabkan tahun ni merupakan tahun terakhir kami disini pelajar Malaysia mempunyai 2 batch, makanya ini adalah Malaysian Festival yang terakhir akan kami adakan sebelum the last batch will be back for good nanti iaitu tahun depan, 2013. Disebabkan Malaysian students kat sini tak begitu ramai seperti universiti2 besar lain si UK ni, maka acara kami tidaklah sebesar dan semeriah event uni lain mcm Nottingham dan lain2.Tapi disebalik semuanya, I really have fun during this festival which were held on the 3rd May 2012.


 Untuk menjayakan Festival  I was put under Exhibition division yang tugasnya secara kasar ialah untuk menyiapkan peralatan2 dan bahan2 untukdipamerkan pada hari tersebut. Dan tugas saya pulak khusunya untuk jadi tukang lukis inai. Tak pernah-pernah pulak saya sepanjang usia 23 tahun ni melukis-lukis inai kat tangan orang tapi apa nak buat orang dah tugaskan kita jadi kenelah berusaha menyahut cabaran dengan hati terbuka, maka saya pon belasahlah hehe. Buruk ke cantik ke memang x jadi hal sebab memang dah tak ade pengalaman.I was lucky to be given 2 assistant on that day that will help me through the event. But unfortunately one of my assistant could be at station on that day because her parents came to visit from Malaysia so most of her time were taken to entertain her parents instead. Tak kisahlah sebab jauh tu mak ayah dia datang jadi saya pon bagilah dia time untuk bersama keluarag tersayang. At first i thought that they wouldn't be too many people will be visiting our booth but when the festival actually starts at 9 quite a number of people swarm our booth. Lagilah ramai org berkunjung untuk diinaikan bila tahu yang the henna painting thing is free of charge, awesome gitu you!! Luckily we manage to do this with only four hands, walaupon agak kelam kabut sebab pelanggan beratur tunggu giliran. At the end of the day, my hand tremble so much as i used my energy to press the henna tube..hehe...sampai my pelanggan asked me, 'Are you okay dear?" Malulah pulak sebab sampai terketar2 lenguh memicit inai but that was the most exciting experience i ever have. 


Saya rasa sangat2 gembira bila lepas siap tangan seorang-seorang tu diiinai, diorang cakap, awesomw,brilliant. Rasa berbunga-bunga hati bila orang puji macam tu. Padahalnya buruk ajepun kerja tangan saya tu, tapi biasalah mat salleh ni semua pon diorang cakap cantik. Yang tak boleh tahan pulak, sorang-sorang tu ada yang datang 2-3 kali kali sebab nak penuhkan tangan masing-masing. Yang ni biasanya budak2 sekolah sebab diorang jakun sikit bab2 ni, xpernah tengok jadi bila kita lukis satu tangan diorang datang lagi 10 minit lepas tu bagi alasan ter-smudge lah tangan dia pastu mintak i fix his hands and the next asked me to draw on his other hand la pastu suruh tambah lagi on his wrist la. Macam-macam anak orang puteh ni but i had a really great fun that day. Bukan saja saya yang seronok but my friends as well. We really had fun that day, we even have a tradiotional Indian dancing group showing off their talent as well, silat and few other great events going on. Dan antara booth yang mendapat sambutan hangat selain henna painting booth is the Calligraphy booth where they offered service writing your name in Chinese calligraphy and Khat. Ramai sungguh orang mengerumuni diorang untuk ditulis nama. Sampai x menang tangan diorang duduk menulis. I was so happy that most of my lecturers took part as well in our Festival this time aound. My programme leader,Katy Salisbury was my first customer on that day and she very supportive of what we were doing. Bila event berakhir sekitar pukul 2 petang, I was like drop dead tired and went straight back home and after solah, couldn't do more except sleep until i missed a meeting with our accomodation officer at 5 hehehe

About Me

My photo
Plymouth, Devon, United Kingdom
Servant of Allah who try to better herself everyday.